Thursday, 28 December 2017

kelas murajaah part 3

5 ways to memorize the quran
1.          listen to qurro’ like محمود خليل الحصاري، محمد صديق المنشاوي.
2.          keep repeating
3.          read in solah
4.          do not rush
5.          do tasmik to the mutqin person


من لم يكنْ رُحْلَةً لن يكونَ رُحَلَة

who do not seek(travel) for knowledge, 
people will not come to him for knowledge.

banyakkan pergi ke kelas2, syeikh2 luar drp uni. Sbb apa yg diberikan uni hanyalah رؤوس الأقلام (basic things)
Orang yg graduate drp kuliah AQ & AS belum tentu ada ijazah qiraah. Dia perlu keluar, mencari ilmu seperti ulama terdahulu. Mereka mengembara beribu-ribu batu hanya untuk mendapatkan satu hadis.
Ada kisah di mana seorang tabiin (maybe) dia pergi berjumpa seorang budak hanya untul mendapatkan makna satu kalimah drp ayat berikut:

إِنَّهُ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ (الانشقاق:14)

lelaki itu ingin mengetahui maksud perkataan يحور, 
dia bertanya kepada budak itu; mana ayah kamu
budak itu menjawab: هو سوف يحور بعد العصر 

maksudnya : "dia akan pulang selepas asar"


and the guy suddenly realized that he already get what he wants to know. The end.


my futuristic idea


  1. 29/12/2017 - I imagined there will be an auto car yg akan alih diri dia sendiri sbb dia block parking orang masa tuan dia tak ada. Kereta tu pandai bawak diri dan kembali semula ke tempat parking tuannya atau dia masuk ke dlm parking yg telah kosong tadi.
  2. 15/5/2018- dah ada pengeluaran jem tp dalam bekas mcm pencuci muka- tak perlu gunakan sudu.

kelas murajaah part 2

Something valuable I learnt today, bila kita baca alquran dgn tartil, tenang-tenang tak gocoh-gocoh, the words suddenly came into mind. Asalnya I sangkut, but when I repeat the last verse with tartil (as the ustaz recites), the memory came into mind. I seriously rasa ada kemukjizatan yg besar sgt pada alquran. Bila kita baca dgn tajwid yg betul, kita akan rasa calm. Rasa calm yg semacam sangat. Besides that, we also have an ample of time to feel the meaning.


He also said, memorizing quran without any pay (tak mcm kelas2 uni) seems like it is something unvalueable. Because people like to appreciate more when something is expensive and hard to find. But remember, memorizing the quran has it own value. People will know you because of the quran. Like he said, when he was in sudan, somebody has paid his bus fare when he was about to pay. He also was invited to be the imam in masjid. People came to him to be his student. He also told us that he once has a bangaladeshi student. He read and memorized the quran starting from surah annas. He thanked him for making him able to read surah in prayer. MashaAllah. What a great ajr he has made.

kelas murajaah part 1

Today is the fourth day I went to kelas murajaah, and I feel so blessed.  Everytime after the murajaah, there would be some sharing from ustaz. His name is Yusuf. He is a Sudanese. Dark-skinned. Berumur mungkin 30-an. Mempunyai hafalan yg kuat. Boleh tasmik 3 orang sekaligus tanpa membuka mushaf sambil mengawal student lain yg berada dalam kelas. Sgt knowledgeable dlm agama, terutamanya tentang alquran and tajwid. He is very good at reciting poem in Arabic. He remembers every word of the bait. He is quite funny suka sebut macam orang kampung or orang asli macam saya. He likes to share stories about brothers and sisters he taught.  He likes to remind us to keep going with alquran. He likes to stress the point of getting closer to Allah is by reciting, remembering the quran. Reading quran is the best ibadah because we talk to Him during this ibadah.   The best thing I feel when I joined this class is I got back my FORCE in reading the quran and memorizing it. Without this force, I rarely doing my murajaah and honestly I dah lama tinggalkan murajaah. To make it worst, I juga makin jarang baca al quran. Astaghfirullah. And I cant thank Allah SWT enough for giving me this opportunity. I promised to myself to benefit this opportunity and I asked Allah to give me thabat and istiqomah in this path until I die. Amiiinnnnn.


Disclaimer: Im not a hafizah ÿet but im trying to be one. Pray for me

Wednesday, 29 November 2017

proposal timeline



dawam sem 3 start bila ye?

1.          Seminggu sebelum mula dawam dah start jumpa doc Yasir, terus dpt tajuk

2.          Minggu pertama tgk2 dulu buku rs

3.          Doc beri masa 2 minggu utk siapkan proposal

4.          Siap proposal in two weeks Cuma lambat dlm 2-3 hari. Doc check, esoknya hantar balik dan terus pass

5.          13 okt Dpt Tarikh utk defend 3 minggu selepasnya

6.          3 nov- defend

7.          3 minggu kemudian baru siap correction sbb byk nak dibetulkan. Hantar kt doc 23 hb

8.          Seminggu kemudian doc baru nak baca. 1 dec

9.          13/12 jump doc Hanafi, settled terus dgn dia.

10.      Tggu hujung dec sbb nak tggu ustazah solehah balik, rupanya dia balik hujung januari

11.      27/12 hntr proposal kt dia through email


12.      29/12 dia reply
-------------------

sebelum cuti sem, i nekad siapkan bab 2. walaupun bab 2 cuma 9 pages je tp cukup membanggakan...sbb ada progression. itupun buat dlm masa 3 minggu.


--------------------

new sem started : 040218

utk bab 3, i took 7 weeks untuk siapkan. bab 3 is basically bab nazori. lama sgt ambik masa sbb kena baca-faham-olah-konklusi. i takut betul bab 3 ni, takut bila nak turn it in nanti. takut byk percentage plagiarism. dan tahap ni, pernah rasa down sbb tak tahu nak buat ayat sendiri. end up i guna balik cara yg Dr Baqir ajar. he taught us to copy je everything yg berkaitan, nak olah tu kemudian. bila dah kumpul bahan, baru fikir nak concludekan dia ke, tukar perkataan ke, buat taqdim taakhir ke. So, that was how i survived.

so I rasa ok je ambik masa lelama, walaupun act target nak buat dlm masa sebulan je. but then, bila jumpa doktor, doktor kata ambik masa lama sgt, sbb ni bab naqal je. yg penting bab tahlil kata dr. i baru mcm tersedar. rasa mcm kena tampor pon ade.. bila recall balik, yup. he was right. i terlalu manjakan diri, malam langsung tak buka dah laptop. nak belajar cuma kat lib. pastu pagi pun bangun lambat. kalau dtg awal pun mcm 830 tu kira plg awal. tapi samapi2 sana, buka fb dulu, shopping online dulu, pastu start nye pukul 10.
hmmmmmm

so i redho je la kena marah. Alhamdulillah dpt sv yg tegas dan jenis pushing.

for chapter 4, i targetted nak jumpa doktor every 2 weeks. lets see how it turn to be.

_______________

Chapter 4, i start buat 2503018- the last week of march.

malam tadi dah start stay up samapi pukul 1 lwbih. Tak boleh nak bangga sgt sbb subuh terlajak. pastu lepas subuh tido balik. bangun kul 915.
2603- semangat buat kerja keluarkan feel2 dr rs. sorting and everything, tp takdir mengatasi segalanya.
i stop rehat, solat nap kejap and makan. balik dari makan dlm kul 3, laptop ni buat hal pulak. kerja pagi tadi tak save sbb yg pagi tu buat kt autorecovered pastu blm save. pastu mmg lesap la. Jasi kita move on je. takde guna meratap.

______________________

harini 15/5/2018- bab 4 tahap 1 (classify ikut jenis)

ya allah lamanya ambik masa baca hadis! total hadis 1896. ada baki 285 lagi hadis. lusa dah 1 ramadahan. i target siapkan bahagian keluarkan dr buku rs ni sbelum puasa!

dalam tempoh ni byk drag masa:
1. kereta eksiden
2. bercuti ke cameron highland
3. prepare utk temuduga uia-dan failed
kesan (peristiwa1-3, 10 hari tak buka rs)
4. cuti pilihanraya ke-14. byk keluar dgn family dan duduk kt rumah seminggu


2 Julai- hantar full thesis ke dept
17 Julai - dah dpt paggilan utk collect thesis
19 julai- jumpa doc yasir dan doc saleha

kalau ikut doc yasir, dah boleh submit je, tp dc saleha suruh betulkan lagi

20 julai- buat lasik
seminggu cuti sbb x brp ada mood dan kononya berehat sepenuhnya lepas surgery
(22-27 julai)

pastu buat correction dalam seminggu- jumpa dr saleha.
masih ada perlu ditambah- kena panjangkan lagi ayat.. alhamdulillah dr xde komen tentang
isi, cuma dr komen dr segi penyampaian je.. nak kasi tesis tu nampak lebih berkualiti

13 august - jumpa doc lagi sekali dan dr nampaknya dah puas hati. kena tambah sikit2 je.. nnt tunjukkan hardbound kt dia utk sign

14- ada iv usas

15-pergi buat proofreading dan formatting. kebetulan ada jumpa sorg kakak ni. baik sgt dia ajar satu persatu nak edit. kalau x mmg igt nak hantar lab je utk formatting. formatting dah la mahal





Saturday, 11 November 2017

Plan GOT:

2017

November- settle proposal
December- collect data
---

2018

January- bab 2
February- bab 3
March-bab 4
April- settle tashih
May- kholas🌹
June-

Tuesday, 7 November 2017

kisah proposal defense

Proposal 3 nov (jumaat, 4 ptg), 3 minggu setelah mendapatkan tarikh.
Telah dihadiri oleh:
1.      Dr Yasir ismail- sv
2.      Assc Dr Hanafi- 1st examiner
3.      Assc Dr Solehah- 2nd examiner
4.      Prof Nasruddin munassiq dirosat ulya

Tidak hadir: sv kedua, Dr Fauzi Ahmad.
At first, kita kena bentang proposal kita. Just make it simple and very short, sebab doc2 x brp bagi tumpuan pun. Untuk kes saya, diorg dah dapat kertas proposal saya 3 minggu before. Para mumtahin telah pun membuat semakan dan komentar pada kertas tersebut dgn begitu detailed.

Pada hari kejadian, saya sempat untuk bertemu dgn mumtahin sebelum munaqashah. Saya telah buat temujanji dgn ustazah solehah utk bertemu beliau di biliknya pada jam 230. Beliau memberikan komen supaya saya buat kajian tentang RS sepenuhnya bukan tertumpu pada jilid pertama sahaja. Beliau juga turut menyarankan untuk mengkaji kesemua feel mutaadi bukan sekadar feel mutaadi satu atau dua shj. Beliau mahukan para pelajar utk think big. Buat kasi habis, sebab lepas dpt sijil nanti, bila lagi akan buka RS dan sambung kajian itu? Siapa nak lengkapkan? Kalau orang tanya, kita dengan bangga bagitahu bahawa kajian kita tentang RS, bukan ckp dlm hati separauh RS sahaja.

Dan kebetulan giliran munaqashah sebelum saya habis lambat, jadi saya ada masa untuk bertemu dgn dr Hanafi. Banyak yang doctor betulkan dan senang kata, bagi beliau proposal saya belum siap. Dia siap tanya, enti boleh tangguh tak munaqashah ni? Dan soalan pertama yg dilontarkan pada saya, berapa kali sv enti baca proposal enti ni?

Ada bagusnya untuk kita berjumpa dgn mumtahin dulu sblm munaqashah. Antara kelebihannya:
1.      Kita dapat tahu komen yang sebenar tntg sv kita drp mumtahin. Apa yg sv kita patut buat/inform kita dsbg.
2.      Kurang kegelisahan, nervous masa munaqashah. Semasa sesi komentar, kita dah tahu apa yang mumtahin tak setuju.

Antara komen drp Dr Hanafi:
1.      Muqaddimah:
Tak cukup panjang. Standard muqaddimah ialah semuka stgh ataupun 2. Dan masih kurang jelas tentang hala tuju kajian. Sepatutnya dinyatakan tentang kajian kita dgn terang, sebolehnya ceritakan tentang semua input2 proposal dkt muqaddimah in short.
2.      Mushkilah bahas:
Tak cukup terang, mesti ada masalah yg padu untuk dikaji.
3.      Asílah bahas dan ahdaf:
Asílah saya dan bahas selari, maksudnya setiap soalan pada asílah tu saya dpt jawab dgn baik di section ahdaf, tapi tak tally dgn haikal bahas. Ada chapter di haikal bahas yg saya tak nyatakan soalannya di asílah bahas.
4.      Ahammiyah:
Tiada komen.
5.      Hudud bahas:
Tak nayatakan hudud dari segi bilangan hadis.
6.      Manhaj:
Dari segi tahlil af3al, kata mana nak categorise dari segi binyah?
7.      Dirosat sabiqah:
Kajian dan buku-buku tentang kajian ini sgt banyak. Perlu tambah lagi dan juga tidak datangkan tesis berkaitan RS! Ura-ura yang mengatakan cukup sekadar 7 dirosat sabiqah, itu tidak benar!!
8.      Haikal:
Ada yg ada tajuk furu3 ada yang tak ada. Tak seragam. Pastu ada nama penulis yang salah eja. Patutnya kesalahan sebegini tidak berlaku di peringkat master. Masih boleh nego jika di marhalah degree.
9.      Marajik:
Sangat sikit. Perlu tambah lagi sehingga 2 ms.

Kesimpulannya, sv sangat memainkan peranan. In a way, saya suka sv saya jenis yang segera. Dia check saya punya proposal sekali shj. Dan saya langsung tak sangkakan yg keesokan harinya beliau minta saya jumpa prof untuk minta tarikh.

Kawan saya yang berkali-kali betulkan proposal dia, sgt mudah baginya selepas itu. Beliau tidak lagi perlu lakukan bnyak correction dan kehidupannya selepas itu lebih smooth.

Apapun, semuanya ini adalah pengalaman yang berharga kerana kita akhirnya belajar dari kesilapan kita. Dan oleh kerana, ini adalah pengalaman pertama, maka saya anggap semuanya baik-baik shj sbb baru pertama kali! Tenang. wassalam. 

Sunday, 5 November 2017

qalisa

Qalisa memang suka makan durian. Tadi, dia baru aje makan 3 ulas durian, pastu dia tengok je beberapa ulas yang berbaki.
Atuk yang tengah makan kata kat dia: cha makan je cha, abah nanti dia boleh beli sendiri.
Dia senyap lagi, masih pandang durian dlm pinggan tu.
Tiba-tiba dia kata:
atuk la beli utk abah
Atuk pun kata, ha ye, ye. Nanti atuk belikan. Makan, makan.
Dan dia pun dengan gembiranya capai ulas durian yg ke empat.
………….
cha nak lagi tak mee sup ni? cik rara nak suapkan.
aita boleh makan sendiri, cuba ambik

Eee. Ayat dia >.<

Wednesday, 1 November 2017

Kaab bin Malik dan Hatib bin Abi Balta’ah

Apakah persamaan dari kisah mereka berdua?

Mereka berdua merupakan sahabat Rasulullah SAW. Persamaan mereka ialah, mereka boleh diklasifikasikan ke dalam golongan yang tercicir pada zaman baginda.

Kaab tidak menyertai perang tabuk tanpa ada alasan yang kukuh. Beliau melewat-lewatkan persiapan sehinggalah beliau tercicir drp menyertai pasukan tentera tabuk. Antara factor luaran yg menjadikan beliau berbuat demikian ialah, jumlah kaum muslimin yg menyertai perang itu sgt ramai dan tidak ada buku khas yang mencatatkan nama-nama mereka. Kaab berpendapat ketidakhadirannya tentu tidak dirasai oleh Rasulullah serta para sahabat yg lain.

Kedua, waktu itu sedang musim panas dan kebun-kebun pula sedang dipenuhi buah-buahn yang masak ranum. Hal ini memberatkan lagi utk Kaab menyertai kaum muslimin berangkat.

Adapun hatib, beliau merupakan salah seorang sahabat yang turut serta dalam perang badar, perang pertama yg telah diangkat serta diberi kedudukan istimewa oleh Allah SWT. Namun, ketika peristawa fathu mekah, hatib telah pun mengutus surat kepada salah seorang wanita yang berada di mekah, untuk memberitahu rahsia ini kepada kaum quraisy. Hal ini kerana, Hatib ingin menyelamatkan anak dan isterinya yg masih berada di mekah. Namun, kegiatan ini telah pun terbongkar, Allah telah memberitahu baginda akan hal ini dan Ali diutuskan untuk mencari semula surat itu, surat itu telah ditemui di sanggul kepala wanita tersebut.


Kisah mereka berdua telah dirakamkan di dalam Al-quran. Kaab, dalam surah taubah: 117-119. Manakala Hatib, surah Al-Mumtahanah: 1-4. Kedua-kedua mereka telah pun diampunkan oleh Allah serta Rasulnya.

Wednesday, 11 October 2017

bersedekah

Alhamdulillah setelah sekian lama berada dlm usrah yg agak pasif, usrah kali ni sgt basah. Dan memiliki serta terpilih menjadi ahli usrah mereka adalah satu nikmat yg sgt besar bagi aku.
Ahli usrah yg terdiri drp 9 ahli, masing2 sgt byk pandgn dan berlumba2 utk sharing, semoga aku terus dipilih Allah utk berada dlm lingkungan seperti ini.

Untuk permulaan, kami telah mentadabbur surah Al-Anbiya'. Satu page shj tp cukup menyentuh.
Ayat pertama surah ini:اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ (1
terjemahannya: telah dekat hari perhitungan mereka dan mereka masih dalam keadaan lalai dan lengah.
tak cukup dgn itu disambung pula dgn ayat ke dua:
 مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ ذِكْرٍ مِنْ رَبِّهِمْ مُحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ
tidaklah dtg kepada mereka peringatan melainkan mereka mendengar dan bermain-main dgnnya.

Dalam kita khowater quraniyah, penulis mengatakan golongan ini yg paling bahaya kerana mereka diancam dgn azab. Mereka dpt peringatan dan mereka dengar tp main2 pulak.
sikap mereka apa? berlengah-lengah.

Ada cerita salah seorang para sahabat, dia berlengah-lengah utk memeluk Islam. Rasulullah telah mengajak beliau, tapi beliau tidak mahu memeluk Islam dan sengaja melengahkannya untuk melihat dahulu adakah Islam ini akan menang atau sebaliknya.
Sehinggakan pada suatu hari, tibalah hari pembukaan kota Mekah. dan di saat itu barulah beliau memeluk Islam. Namun apa kata nabi? sesungguhnya engkau telah terlambat dan melepas utk berbakti kpd Islam, tidak dpt menyertai peperangan dan sebagainya.

maka? pilihan di tangan kita.
mahu berlengah- lengah atau bagaimana.
begitu juga dlm konteks sbgai pelajar, menunda-nunda. Kita tidak tahu apa yg bakal terjadi kpd kita, sakit ke apa ke? maka kita perlu gunakan masa sebaiknya dan elakkan bertangguh tangguh.

dan kalau kita perasan, akhir2 ni kita perasan masa berlalu dgn sgt pantas. Dan bg pendapat saya, jika kita tidak melakukan apa2, masa kita tu, kita rasakan ianya lagi lebih cepat berlalu.. sbb kita tak buat apa-apa. hmm

kemudian kami bincang hadis DARI KITAB HADIS ADAB, bab 15,16,17.

bab 15 brtajuk semua perbuatan makruf ialah sedekah.
hadis pertama: كل معروف صدقة
buatlah apa shj sekalipun, asalkan baik, ianya dikira sedekah.

hadis kedua:
nabi menyuruh setiap org Islam utk bersedekah.
Lalu para sahabat bertanya jika dia tidak mampu?
hendaklah dia bekerja dgn kedua tangannya, memberi kebaikan ke atas dirinya dan bersedekah.
Para sahabt bertanya lagi: jika dia tidak berupaya?
hendaklah dia menolong orang yg terdesak, memerlukan pertolongan dan berhajat.
soalan yg sama: jika dia tidak melakukannya?
hendaklah dia menyuruh kepada kebaikan.
dan jika dia tidak melakukannya?
Hendaklah dia menghalang dirinya daripada melakukan kemungkaran,
Kerana ia adalah sedekah baginya.

hadis riwayat bukhari dan Muslim.

hadis bab ke 16: percakapan yg baik.

masa dgr pasal neraka kita masih boleh sengih2 tersenyum, sedangkan nabi dalam satu hadis  diriwayatkan drp adiy bin hatim: nabi telah menyebut pasal neraka lalu nabi segera memohon perlindungan drp Allah serta berpaling, bahkan nabi melakukan sebegitu sebanyak 3 kali.
kemudian nabi bersabda:
Lindungilah diri kamu dari neraka, sekalipun dgn (bersedekah dgn) separuh tamar. Sekiranya seorang drp kamu tidak mampu, maka lindungilah diri kamu dgn sepatah perkataan yang baik.
cthnya
لا إله إلله
الله أكبر
الحمد لله
jgn berdiam, berzikirlah.

dan teringat satu hadis
كلمتان خفيفتان غلى اللسان ثقيلتان في الميزان
سبحان الله العظيم، سبحان الله وبحمده

seterusnya hadis ke 17 bertajuk: berlemah lembut dalam setiap perkara.

hadis mengenai seorang  yahudi yg mengatakan kpd nabi, "saam alaikum" yg bermaksud, semoga kematian menimpa kamu, dlm bahasa kita harini : sila meninggal. Apa respon Aisyah sewaktu mendengarnya? beliau serta merta membalas " alaikum samm wa laknah" ( dan semoga kamu ditimpa kematian dan laknat. Tetapi yg berada di sampaing Aisyah ketika itu berkata kepadanya,
Bertenanglah Aisyah, jangan terburu-buru. Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua perkara.
Aisyah berkata, wahai rasulullah tidakkah engkau mendengar apa yg mereka ucapkan?
lalu baginda bersabda, ya aku mendengar dan aku sudah membalas " عليكم". (ke atas kamu jua)

Hadis ini mengajak kita untuk berlemah lembut dlm setiap perkara. Lihatlah bagaimana baginda memberi reaksi ketika sdg marah.
Analogi yang kami cipta sebentar tadi, bagaimana reaksi kita bila orang baling batu kat kita? reaksi baginda, baginda memulangkan batu itu semula dgn cara yg lembut.
Nabi boleh juga untuk bertindak utk memaafkan, ttp baginda memulangkan semula ucapan itu.
Kerana nabi faham yg yahudi tersebut sgj nak mengenakan nabi, dan begitulah kita, jgn terlalu menjadi lembik shgg org boleh pijak kita pulak.


Friday, 6 October 2017

Dah azan..

haritu buat kerja key-in data dgn sv, dalam sibuk2 tu, tiba-tiba dah azan asar.

Doc cakap: "ohh dh asar..hmm"

dan masa tu terus teringat yg doc ada kata nak pergi bank sebelum tu, so i tya la doc,

"doc nak pergi bank ke? xpe je saya buat kerja ni sorang"
kutla, nnt bank tutup x sempat pulak. Caring kan?

tp doc kata, xpe2 sambung sikit lagi.. dan kitorg buat sampai habis, pukul 440.

..........................

otw ke masjid, terserempak dgn kawan.

sapa2 sikit, dan dia tanya "baru lepas jumpa doc ke?"

"ha ah"

"doc ada lagi tak kat bilik?"

"em, tak pastilah, macam gaya dia ke masjid jugak"

"oh ya lah, doc kan mmg jenis solat awal waktu"

zap! macam ada petir menyambar je masa tu, dahla  hari mendung macam nak hujan. mmg kena sgt scene masa tu.

aku cuma fikir urusan duniawi je, padahal mungkin masa tu doc berkira-kira mahu menyiapkan kerja ataupun tidak.

akhir kata,
"perkemaskan solat kita, iaA hari kita menjadi semakin kemas"

Tuesday, 3 October 2017

it's all about discipline

1. buat checklist everyday yg mampu dicapai.
-nak tulis subchapter or anything

2. setiap 10 hari 1 chapter

3. letak big goal: nak siap tesis masa birthday contohnya

4. Jgn kedekut utk spend money pada proof reading and editing format

Susunan surah di dalam Alquran.

Coretan ini adalah hasil rakaman ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Shaari Abd Rahman.

Menurut ustaz, susunan surah seperti yg kita dapati pada hari ini di dalam Al-Quran adalah seperti yg telah berada di Luh Mahfuz dan kerana ia tidak turun begitu kepada Rasulullah, maka tugas para alim ulama yg terkemudian semenjak munculnya Al-Imam An Naisaburi lagi telah mencari jawapan dan hikmah kenapa surah Al-Alaq turun dahulu tetapi kenapa tidak muncul di awal Al-Quran?

Rupa-rupanya untuk manusia mendapat pedoman selepas zaman Rasulullah, ia mesti mengikut kepada sebagaimana di dalam mushaf.
Dan tahukah anda, bagaimana para sahabat membukukan surah mana yg patut disusun terlebih dahulu?
Ianya adalah berdasarkan perintah Allah sendiri, sebagai contoh, mereka mengenal pasti sewaktu nabi membaca di dalam solat terawih. Malam pertama nabi membaca Baqarah. Para sahabat tertanya-tanya, Ya Rasulullah, di mana surah Al-Alaq? kenapa kamu tidak membacanya di malam pertama Ramadhan? Bukankah ianya surah pertama yg diturunkan di Makkah? Ini dipanggil tauqifi. Tauqifi maknanya ia sudah well planned by God.

Allah taala bila nabi berdakwah selama 23 tahun, semuanya dalam pengetahuan Allah apa yg akan berlaku pd Rasulullah selama 23 tahun itu, apa akan berlaku pada manusia sehingga dtg hari kiamat, semuanya ada dalam pengetahuan Allah. Jadi, zat yang sama, yang menurunkan alQuran kepada Rasulullah, zat yg sama yg menurunkan Al-Quran kepada seluruh manusia, maka Allah menjadikan Al-Quran di Luh Mahfuz untuk seluruh manusia sampai hari kiamat, maka tugas kita adalah tidak perlu untuk membaca Al-Quran sebagaimana yg diturunkan kepada nabi, kerana nabi sendiri sudah memerintahkan para sahabat untuk mengahafaz Al-Quran sebagaimana diperintahkan Jibril kepada nabi dan Jibril perintahkan kepada nabi sebagaimana yg didengar di Luh Mahfuz dan itulah yg berlaku, bermula dr Al-Fatihah kemudian Al-Baqarah kemudian Ali Imran dan akhirnya surah Annas, diselang juga makiyah, makiyah, madaniyah, makiyah dan sebaginya.

Sunday, 1 October 2017

Azam tahun baru hijrah 1439H

Bertarikh harini 1 Oktober, aku berazam untuk mengahadap tesis atau belajar selama 6 jam sehari. Ya Allah permudahkanlah. Ini apa yg dititipkan oleh senior kami, Kak Masilah. InsyaAllah tulis kat sini supaya jd peringatan di masa akan dtg.

Kebetulan harini bersamaan 10 Muharram, dan hampir terlupa pula, sudah hadir tahun baru dlm kalender Islam. Kita sering buat azam yg baru setiap kali munculnya 1 januari, tahun baru, dan begitu jugalah sepatutnya kita menyambut kedatangan tahun baru Islam.

maka, inilah azam pertama saya utk tahun Islam yg baru ni yg ke 1439H, iaitu
Belajar 6 jam sehari!!!

kita lihat, berapa lamakah masa yg diambil untuk menyiapkan tesis.

dateline terdekat, 10 Okt- hantar tesis proposal.

NOTHING IS IMPOSSIBLE!

Friday, 29 September 2017

QUOTES dan juga lintasan rasa yg berbuku di hati

1. I hate myself when I found that I was doing what I hate others do before.
"saya benci bila mendapati diri saya melakukan perbuatan yg pernah saya benci sebelum ini".

2. Don't get satisfied quickly over what you have achieved. Always find a room for improvement.

3. Don't be scared to chase after your goals

4. Some people are afraid to dream their life goals,
some people got dreams but they are afraid to make it realize
some people strive their best to achieve their goals but the fates are not destined to happen like what they had imagined.
but since they know that the chances are still there, why not to give it a try?
BECAUSE,
a try for luck won't harm or "nothing is a waste of time if you use the experience wisely".

5.لا تستلم قبل يوم القيامة.
The messenger PBUH ordered us to plant a seed though we know that the day of judgement is about to happen tomorrow.
Don't ever give up before the day of judgement.

mcm mana nak bezakan ayat tu, dia seorang tukang masak atau dia sedang masak? هو طابخ

Thursday, 28 September 2017

Adobe photoshop workshop

1.   Mula-mula setting, tgk kat hujung kanan, ada essential, click.
2.      Ctrl+N (new) utk mulakan. letak nama projek. Doc type: international paper, size A4.
3.      Drag masuk gmbr yang nak edit, click tanda right when you are done.
4.      Make sure to resterize layer so tak terlink dgn other adobe software.
Symbols:
1.      Ctrl+T: utk adjust kecik atau besarkan gambar mengikut dimeansion asal dan utk pusingkan gambar, tekan shift, dia akan pusing ikut degree.
2.      Alt+scroll: zoom in zoom out
3.      Space bar: boleh gerakkan kertas
4.      Ctrl+J: copy layer
5.      W: magic wand (tongkat ahli sihir)- utk gunting gambar. Steps: click pada kertas yg nak dibuang, tukar tolerance: 100, press button delete.
6.      Ctrl+D: buang garis2
7.      T: text> buat box, dan type
8.      B: brush
9.      E: eraser
10.   V: move tool
11.   M: marquee (crop gambar)
12.   U: rectangle tool, utk letak new object
13.   Stroke: utk border object atau tulisan
14.   Cara save: save as PSD- masih boleh edit. Kalau dah final save as JPEG.
15.   Opacity: ketelusan
16.   Ctrl+G: group
17.   Ctrl+E: emerge

Tuesday, 28 March 2017

KEAJAIBAN SEDEKAH- KISAH BENAR


Haritu ada dgr dari radio, seorang ust suruh bersedekah, yang mana kita akan dapat balik 10 kali ganda daripada nilai yg kita sedekahkan. Ust suruh berniat dan cuba.

Satu hari, aku ternampak org bersedekah ke dlm tabung masjid, aku pun tergerak hati nak sedekah. Bukak dompet, eh takde duit singgit2. 5 ringgit pun xde. Yg ada 10, 20, 50.

Aku pun sedekahkan 10 ringgit dan teringat ceramah ust dulu. Aku hitung kalau 10 kali ganda, dapat 100. Dan aku tak yakin pun, mana akan dtg 100 ringgit pulak nnt tiba2? Takpelah, aku sedekah atas segala nikmat yang telah aku terima, kesihatan dsb lillahitaala.

Keesokan harinya, aku ada jumpa sorg student ni sbb aku ada ambil upah betulkan translation dia. Dlm kepala aku cuma expect 20-50 ringgit je. Dia hulur sampul surat, dan dia pergi sembahyang. Aku saja tak nak bukak awal2 takut nnt kecewa. Jadi aku bukak lepas kitorang dah berpisah.

To my surprised, dia bg 120! Aku rasa tu sgtlah byk dan aku cepat2 keluar dr masjid nak kejar dia, nak pulangkan 50. Tapi dia dah pun berlalu. Balik tu aku wsap dia, nak aku transfer kan sikit atau bg aku second task. Dia tak ambil kedua2nya. Dia kata itu rezeki aku.

Aku kata, isy, ni dah lebih 10 kali gnd drp apa yg aku sedekah. Dan harini aku betul2 terkesima dan malu dgn sifat pemurah tuhan.


Sampaikan dlm hati aku kata, adakah budak ni letak amount yang less than that, tp tuhan yang tambahkan sehingga 10 kali ganda?

Saturday, 18 March 2017

gemuk!

Harini tetiba rasa nak share pasal perbezaan gaya pemakanan di msia dan Jordan dulu!
Masa kat Jordan dulu, kalau makan pagi cari makan sendiri kat dapur. Kalau ada makanan lebih yg semalam punya alhamdulillah, kalau tak ada, masak la nasi goreng ke cekodok ke. Ni terpulang ke atas kerajinan individu, kadang tu housemate masakkan utk serumah. Kadang-kadang je lah! 😝
Anyway kalau makan tengahari, ni pun masing2 punya cara. Pernah satu hari tu, beli syawarma arabi. Semangat ni, balik nak share ajak housemates yg ada kt rumah semua makan sesame. Tengok2, lah ada sorg housemate je kat rumah, kebetulan dia pun beli syawarma arabi jugak! Kitorang pun makan je la masing- masing punya. Makan punya makan, tup tup, eh habis! Ada la tinggal sepotong dua syawarma je dan letak baki nye kat meja makan. Rupanya housemate sorg lagi  tu pun macam tu. Kitorang mmg seriesly lapar. Dan masing2 pun tergelakkan diri memasing sbb boleh makan bukan main byk lagi.
Tibalah waktu makan petang. Makan petang style makan dlm talam sesame, dan ikut giliran memasak. Petang tu, kitorang berdua makan slow-slow je. Senyap je tak bgtahu ahli rumah yang lain pon pasal syawarma tghr tu. Ahli rumah yg lain pun kata, eh sikit je korang makan harini padahal masing2 dah kenyang. Tergelak jugak kitorang dan terpaksa jugak buka rahsia. Tp nak katanya, kat Jordan jarang sekali makan lewat malam. Mmg disiplin makan seblm maghrib atau sejurus slp solat maghrib. Makan kenyang-kenyang, pastu malam memang dah tak cari makan dah.
Tapi, ha.. kat msia ni lain pulak ceritanya. Kelas selalu start pukul 5 ptg. Habis kls pukul 8. Kadang, lepas kelas, kena tahan je dulu lapar tu utk kejar solat mangrib. Ada yang doctor berhenti time solat maghrib tu okla. Ada jugak kelas 6-10. Break utk solat maghrib stgh jam then proceed, nak makan bnd berat tu mmg x sempat. Yang sempat tu biskut, roti macam tu je sempat sambar.
Jadi bila kelas hbs lewat, mmg biasa la makan malam pun lewat. Macam pukul 10, 1030 tu biasa. Ditambah lagi kalau masakan ala carte kt café tu portion nye by pulak. Dulu kita makan, senduk sendiri.. Kalau lapa ambik byk, itupun tak lebih. Ini dah makan kenyang pun still ada lebih. Nak bungkus mcm sikit sgt pulak. Nak buang, sayang. Jadi sumbat jugak dalam mulut even dah kenyang. Lama kelamaan perut pun dah biasa dgn hidangan yang besar.

So dua factor ni, mmg pencetus atau pendorong besar atas kenaikan berat badan. Makan lewat malam dan portion byk!

Highly-opinionated person


Semalam ada hadiri satu seminar and one of the speakers ada cerita bhw beliau ialah seorang yang highly-opinionated. Orang selalu cakap kat dia, eh budak ni, asyik dia je nak menang, or asyik dia je nak betul! Haha.. kebetulan, haritu saya ada tulis bagaimana kita nak berhadapan dengan org mcm ni *bukan tulis di fb*. Dan semalam, I feel grateful, sbb berpeluang mendengar hujah manusia spesies ini.
Sebenarnya, orang yang highly-opinionated ni dia bukan semena-mena nak tolak pandangan orang lain and stand with their opinion only. Orang macam ni sebenarnya, hujah dia perlu dipatahkan dengan hujah yang beeetul- betul ampuh, yang sebenarnya kita-kita ni selalunya malas dah nak melawan gitu. Ni speaker tu sendiri yang cakap, bhw jikalau pendapat dia boleh ditangkis, dia akan dengar jugak. Tp most of the time orang x balas pun hujah dia yang buktikan dia x tepat or salah. Tp tak dinafikan diorang ni juga suka hidup in denial. Dia dah tau dia salah tp dia cuba sebaik mungkin utk menidakkan, dia tak nak admit dan ada ego tinggi senang kata.
So, inilah dia definisi atau ciri-ciri highly-opinionated person dan antonym bg spesis ni pulak ialah, flexible or open-minded person.

Saya pun kadang2 (mcm selalu je) jenis mcm ni jugak tp dulu lagi ekstrim la😝. Awak tu jenis yang mana?

Wednesday, 1 March 2017

ISLAMIZATION

Sem ni ada belajar subjek islamization atau dlm Bahasa arab dipanggil aslamah. Hadaf drp kelas ni, pelajar akan menjadi orang yang melakukan pengislamisasian makrifah ilmu atau menjelaskan lagi suatu fahaman dengan fahaman Islam yang sebenar.
Contohnya perkataan irhab (terrorism), irhab ni asalnya perkataan yang positif dan ada saranan kpd umat islam untuk melakukan irhab apabila berhadapan dengan musuh untuk menakutkan mereka. 
Dalilnya:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ (60)
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Al-Anfal:60)

Irhab tujuannya nak takutkan musuh dengan tidak membiarkan sewenangnya kita dilihat seperti tiada harga diri. Dan inilah salah satu contoh, fahaman tentang terrorism yang perlu diperbetulkan fahamannya mengikut quran sunnah, bukanlah terrorism bererti keganasan spt yang dimomokkan 
oleh barat.

Doc kata, setiap perkara cthnya adab klasiki atau adab ghazali, sastera-satera ini tiada unsur islami. Namun, ianya masih terbuka untuk dilakukan pengislamisasian selagi mana ianya tidak haram. Begitu juga hari kekasih/valentines day, dlm bhs arab dipanggil yaumul asyaq. Mmg ada fatwa yang mengharamkannya. Tapi, itu tugas mufti-mufti kata doc, utk menghasilkan fatwa. Adapun kita sebagai muaslimin(org yang menjalankan tugas2 pengislamisasian), kita perlu lakukan kerja-kerja kita. Dan kerja2 pengislamisasian ini perlukan kajian. Kita perlu mencari wasilah-wasilah utk berdakwah dan lakukan pengislahan, dan inilah apa yang dilakukan oleh para muslimin di barat. 


Jadi, ada satu soalan yang berlegar dalam kepala, apa hukumnya kita meninggalkan fatwa dengan melakukan pengislahan terhadap sesuatu yang fatwa telah gariskannya sebagai haram? Ada yg kata fatwa ni mcm hakim, tugasnya membuat satu keputusan. Bezanya, fatwa tak wajib ikut, keputusan hakim wajib ikut, sbb fatwa ni sebenarnya jawapan kepada orang yang bertanya. Wallahuaklam.

Friday, 24 February 2017

“Asyik dia je nak menang”.

Hakorang ada tak kenalan atau kawan yang korang sifatkan dia, hmm..asyik dia je nak menang.
Semua yang dia cakap, semuanya betul. Bila kita komen balik, ada je jawapan dia.

Ok, bila berdepan dengan orang macam ni, perkara yang kita perlu lakukan ialah:

1.      Jangan ambil hati.

2.      Dengar je pendapat dia. Kalau tak setuju, diam.

3.      Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Kadangkala, ada benda yang dia cakap tu betul. Tapi cara dia pulak yang membuatkan kita sakit hati. Ha..masa ni, kita terima je kritikan pedas dia tu, dan maafkan dia.

4.      Doakan dia diberi hidayah Allah utk lebih berhikmah dalam memberi kritikan, cadangan dsb.

5.      Moga dia insaf


Dahla, korang terbayangkan sapa tu? Yg penting, kita cermin diri kita dulu. Sibuk nak kritik orang, dalam tak sedar, kita pun serupa begitu. Astaghfirullah,,

Perempuan kena faham lelaki, baru lelaki sayang.


Baru ni, ad baca satu confession dari iium. Katanya, perempuan bila faham lelaki, lelaki tu akan sayang pada dia. Setelah ditenung lama formula ni, macam ada pulak betulnya bila dibandingkan dengan mak ayah aku.

Aku sendiri kagum bagaimana mama sabar melayani kerenah ayah. Ayah agak tegas dan baran orangnya. Mama pula penyabar dan lemah lembut. Diturutkan saja apa-apa kemahuan ayah. Dan itulah aku rasa rahsia keberjayaan sebuah rumah tangga.

Segala pantang larang ayah, mama fahami.
Barang dia (ayah) kalau dah pinjam mesti letak balik di tempatnya.
Masak kena cara gini, gini, gini. Dan banyak lagi.

Yang akhirnya membuatkan ayah lebih sayangkan mama, lebih appreciate mama. Lebih bertolak ansur jadinya.

Lain pula bila formula ini kita cuba terbalikkan, lelaki perlu faham perempuan, baru perempuan sayang, aku rasa ini akan membuatkan sebuah rumah tangga tu jadi goyah.

Pertama, perempuan bukanlah sejenis makhluk yang mudah difami rentak emosinya serta kemahuannya oleh kaum lelaki. Perempuan apabila dia minta difahami, dia mungkin menjadi queen control. Disuruh lelakinya membuat itu dan ini.  Bila dah diturutkan, ada pulak lagi benda yang tak kena spt yang dipinta. Tak seperti yang diharap. Tak cukup dengan itu dileterinya pula. Lalu, di manakah kewibawaan seorang suami jika hanya mengikut telunjuk isteri?

Jeng3. Itu je yang aku nak cuba sampaikan buat kita fikir-fikirkan. Mungkin teori ini sebahagiannya boleh diguna pakai. Tapi, boleh jadi juga teori ini lebih banyak mengarutnya daripada betulnya.

Wallahuaklam. Minta ampun dan salah.

Tulus, dari budak yang belum pun punya suami. Haha.


Wednesday, 22 February 2017

HOW TO PRESENT WELL


Alhamdulillah, setelah berlalu banyak siri presentation yg gagal, baru-baru ni saya sendiri dah buat presentation yg saya mark diri saya bg 5 bintang. Huhu!
Pada awalnya, saya tulis point2 penting dalam kertas lain. Comot, dan agak berterabur. Hightlight sana, hightlight sini. Entah kenapa satu hari ni, saya rasa nak taip. Jadi masa saya taip tu, saya tulis sebiji-biji benda apa saya nak cakap. Bukan sekadar isi kandungan sahaja.
Dan bila kena bentang, saya Cuma bawak kertas tu shj. Dalam semuka lebih je. Alhamdulillah, everything went so well. Point jelas, saya konfiden, audience pun saya berjaya dapat tarik perhatian mereka.
So ni saya listkan dos and donts for a good presentation:

1.      Type dan print semua benda yang kita nak cakap.
Jangan harapkan diri kita akan pandai nak keluarkan percakapan spontan masa tengah present. Apa yang dlm kepala tu, segera dituliskan sbb kebiasaan yg berlaku, kita dah plan dlm kepala nak ckp apa, tapi bila tgh present, otak kita seakan hilang memori. Bila dah habis presentation baru menyesal. Ala, ni  tak cakap, tu tak cakap.
Dan kemungkinan yang bakal berlaku bila kita pilih tak nak type dan print, boleh jadi kita sendiri susah nak baca tulisan kita di depan.

2.      Tulis benda yang kita betul2 faham shaja.
Tak mungkin apabila kita bentang benda yang kita tak faham, audien akan faham pulak jadinya. Mustahil! Biar point kita tak banyak, asal kita faham. Jadi bila dah siap print kertas keramat tu, baca berulang-ulang kali. Tak perlu hafal pun takpe.

3.      Jangan bawa kertas asal.
Misalnya, korang kena bentang satu artikel. Jangan bawa artikel asal tu ke dapan. Apa yang berlaku sekiranya korang degil, korang akan terkial-terkial mencari point yang ingin diutarakan. Maga gap-gap masa berlaku atau kita panggil jeda tu akan membuatkan audien hilang perhatian, dan mulalah kedengaran bunyi2 em.. aaa.. krik2 dan sebagainya.

4. Minta restu mak ayah.
Minta diorang doakan kita, insyaAllah akan ada keberkatan dan ketenangan di sebaliknya.

Jadi, itu shja 4 point penting yang ingin sya kongsikan. Selamat mencuba.

Wednesday, 15 February 2017

مبااااارك

Benda paling ketara bljr di Jordan dan msia adalah apabila ttb doc buat lawak, kita boleh gelak. X mcm kat Jordan dulu, mampu buat muka kerang busuk je. Once doc start buat lawak, dia akan masukkan unsur2 saqafah, yg hanya org tempatan jela yg lebih faham. Dia bukan hanya terkait dgn penguasaan bhs shj.
Macam tadi, dekat kelas kitorang ada student dari sri lanka, nama dia Raisah. Ttb doc tya, kamu anak yatim ke masih ada ayah?
Dia jawab ada ayah.
“Oh, kalau kamu yatim, jadilah nama kamu Raisa Yatima”. (Rais Yatim)
Pastu ckp pasal bnd lain, “bla2 mcm kat wilayah tisa3” semua org senyap. Oh, rupanya negeri Sembilan.
Pastu doc cerita, ada sorg doc org Canada, dia kata dia tahu masak semua makanan org melayu. Kalau org melayu semua bnd dia masukkan dlm satu periuk, cili, terung, asam, ayam..semua bnd lah ada. X mcm org barat, semua bnd asing, nak sos ke cili ke lemon ke, semuanya tambahlah sendiri kalau nak.
Tp masakan melayu, sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap, garam, gula, aji no moto, budu, belacan ha.., cincalok ke apa ke. Semuanya dia masukkan. (hasab negeri).
Dan aku rasa kesian pulak tgk student2 selain melayu mcm terpinga2. Nak tergelak pun ada, gelakkan diri sendiri yg masa kat Jordan dulu dok terpinganya lebih byk drp faham. Heh.
Anyway tahniah kpd semua budak adab yg grad sem ni.. alhamdulillah semua org tahu bagaimana strugglenya korg utk ke garisan penamat. Bersama ini juga, saya nak sertakan satu ucapan,
الحياة الواقعية ستكون أكثر تحديا من إنجاز البكلوريوس ولكن إن شاء الله ما دام تعرفن ماذا تردن وبعزم قوي مع قدرته وبإرادته، تصبحن أكثر 
نجاحا من اليوم.
#مبااااااااااااااارك