Wednesday, 1 March 2017

ISLAMIZATION

Sem ni ada belajar subjek islamization atau dlm Bahasa arab dipanggil aslamah. Hadaf drp kelas ni, pelajar akan menjadi orang yang melakukan pengislamisasian makrifah ilmu atau menjelaskan lagi suatu fahaman dengan fahaman Islam yang sebenar.
Contohnya perkataan irhab (terrorism), irhab ni asalnya perkataan yang positif dan ada saranan kpd umat islam untuk melakukan irhab apabila berhadapan dengan musuh untuk menakutkan mereka. 
Dalilnya:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ (60)
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Al-Anfal:60)

Irhab tujuannya nak takutkan musuh dengan tidak membiarkan sewenangnya kita dilihat seperti tiada harga diri. Dan inilah salah satu contoh, fahaman tentang terrorism yang perlu diperbetulkan fahamannya mengikut quran sunnah, bukanlah terrorism bererti keganasan spt yang dimomokkan 
oleh barat.

Doc kata, setiap perkara cthnya adab klasiki atau adab ghazali, sastera-satera ini tiada unsur islami. Namun, ianya masih terbuka untuk dilakukan pengislamisasian selagi mana ianya tidak haram. Begitu juga hari kekasih/valentines day, dlm bhs arab dipanggil yaumul asyaq. Mmg ada fatwa yang mengharamkannya. Tapi, itu tugas mufti-mufti kata doc, utk menghasilkan fatwa. Adapun kita sebagai muaslimin(org yang menjalankan tugas2 pengislamisasian), kita perlu lakukan kerja-kerja kita. Dan kerja2 pengislamisasian ini perlukan kajian. Kita perlu mencari wasilah-wasilah utk berdakwah dan lakukan pengislahan, dan inilah apa yang dilakukan oleh para muslimin di barat. 


Jadi, ada satu soalan yang berlegar dalam kepala, apa hukumnya kita meninggalkan fatwa dengan melakukan pengislahan terhadap sesuatu yang fatwa telah gariskannya sebagai haram? Ada yg kata fatwa ni mcm hakim, tugasnya membuat satu keputusan. Bezanya, fatwa tak wajib ikut, keputusan hakim wajib ikut, sbb fatwa ni sebenarnya jawapan kepada orang yang bertanya. Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment