Tuesday, 3 October 2017

Susunan surah di dalam Alquran.

Coretan ini adalah hasil rakaman ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Shaari Abd Rahman.

Menurut ustaz, susunan surah seperti yg kita dapati pada hari ini di dalam Al-Quran adalah seperti yg telah berada di Luh Mahfuz dan kerana ia tidak turun begitu kepada Rasulullah, maka tugas para alim ulama yg terkemudian semenjak munculnya Al-Imam An Naisaburi lagi telah mencari jawapan dan hikmah kenapa surah Al-Alaq turun dahulu tetapi kenapa tidak muncul di awal Al-Quran?

Rupa-rupanya untuk manusia mendapat pedoman selepas zaman Rasulullah, ia mesti mengikut kepada sebagaimana di dalam mushaf.
Dan tahukah anda, bagaimana para sahabat membukukan surah mana yg patut disusun terlebih dahulu?
Ianya adalah berdasarkan perintah Allah sendiri, sebagai contoh, mereka mengenal pasti sewaktu nabi membaca di dalam solat terawih. Malam pertama nabi membaca Baqarah. Para sahabat tertanya-tanya, Ya Rasulullah, di mana surah Al-Alaq? kenapa kamu tidak membacanya di malam pertama Ramadhan? Bukankah ianya surah pertama yg diturunkan di Makkah? Ini dipanggil tauqifi. Tauqifi maknanya ia sudah well planned by God.

Allah taala bila nabi berdakwah selama 23 tahun, semuanya dalam pengetahuan Allah apa yg akan berlaku pd Rasulullah selama 23 tahun itu, apa akan berlaku pada manusia sehingga dtg hari kiamat, semuanya ada dalam pengetahuan Allah. Jadi, zat yang sama, yang menurunkan alQuran kepada Rasulullah, zat yg sama yg menurunkan Al-Quran kepada seluruh manusia, maka Allah menjadikan Al-Quran di Luh Mahfuz untuk seluruh manusia sampai hari kiamat, maka tugas kita adalah tidak perlu untuk membaca Al-Quran sebagaimana yg diturunkan kepada nabi, kerana nabi sendiri sudah memerintahkan para sahabat untuk mengahafaz Al-Quran sebagaimana diperintahkan Jibril kepada nabi dan Jibril perintahkan kepada nabi sebagaimana yg didengar di Luh Mahfuz dan itulah yg berlaku, bermula dr Al-Fatihah kemudian Al-Baqarah kemudian Ali Imran dan akhirnya surah Annas, diselang juga makiyah, makiyah, madaniyah, makiyah dan sebaginya.

No comments:

Post a Comment