Friday, 6 October 2017

Dah azan..

haritu buat kerja key-in data dgn sv, dalam sibuk2 tu, tiba-tiba dah azan asar.

Doc cakap: "ohh dh asar..hmm"

dan masa tu terus teringat yg doc ada kata nak pergi bank sebelum tu, so i tya la doc,

"doc nak pergi bank ke? xpe je saya buat kerja ni sorang"
kutla, nnt bank tutup x sempat pulak. Caring kan?

tp doc kata, xpe2 sambung sikit lagi.. dan kitorg buat sampai habis, pukul 440.

..........................

otw ke masjid, terserempak dgn kawan.

sapa2 sikit, dan dia tanya "baru lepas jumpa doc ke?"

"ha ah"

"doc ada lagi tak kat bilik?"

"em, tak pastilah, macam gaya dia ke masjid jugak"

"oh ya lah, doc kan mmg jenis solat awal waktu"

zap! macam ada petir menyambar je masa tu, dahla  hari mendung macam nak hujan. mmg kena sgt scene masa tu.

aku cuma fikir urusan duniawi je, padahal mungkin masa tu doc berkira-kira mahu menyiapkan kerja ataupun tidak.

akhir kata,
"perkemaskan solat kita, iaA hari kita menjadi semakin kemas"

No comments:

Post a Comment