Tuesday, 7 November 2017

kisah proposal defense

Proposal 3 nov (jumaat, 4 ptg), 3 minggu setelah mendapatkan tarikh.
Telah dihadiri oleh:
1.      Dr Yasir ismail- sv
2.      Assc Dr Hanafi- 1st examiner
3.      Assc Dr Solehah- 2nd examiner
4.      Prof Nasruddin munassiq dirosat ulya

Tidak hadir: sv kedua, Dr Fauzi Ahmad.
At first, kita kena bentang proposal kita. Just make it simple and very short, sebab doc2 x brp bagi tumpuan pun. Untuk kes saya, diorg dah dapat kertas proposal saya 3 minggu before. Para mumtahin telah pun membuat semakan dan komentar pada kertas tersebut dgn begitu detailed.

Pada hari kejadian, saya sempat untuk bertemu dgn mumtahin sebelum munaqashah. Saya telah buat temujanji dgn ustazah solehah utk bertemu beliau di biliknya pada jam 230. Beliau memberikan komen supaya saya buat kajian tentang RS sepenuhnya bukan tertumpu pada jilid pertama sahaja. Beliau juga turut menyarankan untuk mengkaji kesemua feel mutaadi bukan sekadar feel mutaadi satu atau dua shj. Beliau mahukan para pelajar utk think big. Buat kasi habis, sebab lepas dpt sijil nanti, bila lagi akan buka RS dan sambung kajian itu? Siapa nak lengkapkan? Kalau orang tanya, kita dengan bangga bagitahu bahawa kajian kita tentang RS, bukan ckp dlm hati separauh RS sahaja.

Dan kebetulan giliran munaqashah sebelum saya habis lambat, jadi saya ada masa untuk bertemu dgn dr Hanafi. Banyak yang doctor betulkan dan senang kata, bagi beliau proposal saya belum siap. Dia siap tanya, enti boleh tangguh tak munaqashah ni? Dan soalan pertama yg dilontarkan pada saya, berapa kali sv enti baca proposal enti ni?

Ada bagusnya untuk kita berjumpa dgn mumtahin dulu sblm munaqashah. Antara kelebihannya:
1.      Kita dapat tahu komen yang sebenar tntg sv kita drp mumtahin. Apa yg sv kita patut buat/inform kita dsbg.
2.      Kurang kegelisahan, nervous masa munaqashah. Semasa sesi komentar, kita dah tahu apa yang mumtahin tak setuju.

Antara komen drp Dr Hanafi:
1.      Muqaddimah:
Tak cukup panjang. Standard muqaddimah ialah semuka stgh ataupun 2. Dan masih kurang jelas tentang hala tuju kajian. Sepatutnya dinyatakan tentang kajian kita dgn terang, sebolehnya ceritakan tentang semua input2 proposal dkt muqaddimah in short.
2.      Mushkilah bahas:
Tak cukup terang, mesti ada masalah yg padu untuk dikaji.
3.      Asílah bahas dan ahdaf:
Asílah saya dan bahas selari, maksudnya setiap soalan pada asílah tu saya dpt jawab dgn baik di section ahdaf, tapi tak tally dgn haikal bahas. Ada chapter di haikal bahas yg saya tak nyatakan soalannya di asílah bahas.
4.      Ahammiyah:
Tiada komen.
5.      Hudud bahas:
Tak nayatakan hudud dari segi bilangan hadis.
6.      Manhaj:
Dari segi tahlil af3al, kata mana nak categorise dari segi binyah?
7.      Dirosat sabiqah:
Kajian dan buku-buku tentang kajian ini sgt banyak. Perlu tambah lagi dan juga tidak datangkan tesis berkaitan RS! Ura-ura yang mengatakan cukup sekadar 7 dirosat sabiqah, itu tidak benar!!
8.      Haikal:
Ada yg ada tajuk furu3 ada yang tak ada. Tak seragam. Pastu ada nama penulis yang salah eja. Patutnya kesalahan sebegini tidak berlaku di peringkat master. Masih boleh nego jika di marhalah degree.
9.      Marajik:
Sangat sikit. Perlu tambah lagi sehingga 2 ms.

Kesimpulannya, sv sangat memainkan peranan. In a way, saya suka sv saya jenis yang segera. Dia check saya punya proposal sekali shj. Dan saya langsung tak sangkakan yg keesokan harinya beliau minta saya jumpa prof untuk minta tarikh.

Kawan saya yang berkali-kali betulkan proposal dia, sgt mudah baginya selepas itu. Beliau tidak lagi perlu lakukan bnyak correction dan kehidupannya selepas itu lebih smooth.

Apapun, semuanya ini adalah pengalaman yang berharga kerana kita akhirnya belajar dari kesilapan kita. Dan oleh kerana, ini adalah pengalaman pertama, maka saya anggap semuanya baik-baik shj sbb baru pertama kali! Tenang. wassalam. 

No comments:

Post a Comment