Wednesday, 1 November 2017

Kaab bin Malik dan Hatib bin Abi Balta’ah

Apakah persamaan dari kisah mereka berdua?

Mereka berdua merupakan sahabat Rasulullah SAW. Persamaan mereka ialah, mereka boleh diklasifikasikan ke dalam golongan yang tercicir pada zaman baginda.

Kaab tidak menyertai perang tabuk tanpa ada alasan yang kukuh. Beliau melewat-lewatkan persiapan sehinggalah beliau tercicir drp menyertai pasukan tentera tabuk. Antara factor luaran yg menjadikan beliau berbuat demikian ialah, jumlah kaum muslimin yg menyertai perang itu sgt ramai dan tidak ada buku khas yang mencatatkan nama-nama mereka. Kaab berpendapat ketidakhadirannya tentu tidak dirasai oleh Rasulullah serta para sahabat yg lain.

Kedua, waktu itu sedang musim panas dan kebun-kebun pula sedang dipenuhi buah-buahn yang masak ranum. Hal ini memberatkan lagi utk Kaab menyertai kaum muslimin berangkat.

Adapun hatib, beliau merupakan salah seorang sahabat yang turut serta dalam perang badar, perang pertama yg telah diangkat serta diberi kedudukan istimewa oleh Allah SWT. Namun, ketika peristawa fathu mekah, hatib telah pun mengutus surat kepada salah seorang wanita yang berada di mekah, untuk memberitahu rahsia ini kepada kaum quraisy. Hal ini kerana, Hatib ingin menyelamatkan anak dan isterinya yg masih berada di mekah. Namun, kegiatan ini telah pun terbongkar, Allah telah memberitahu baginda akan hal ini dan Ali diutuskan untuk mencari semula surat itu, surat itu telah ditemui di sanggul kepala wanita tersebut.


Kisah mereka berdua telah dirakamkan di dalam Al-quran. Kaab, dalam surah taubah: 117-119. Manakala Hatib, surah Al-Mumtahanah: 1-4. Kedua-kedua mereka telah pun diampunkan oleh Allah serta Rasulnya.

No comments:

Post a Comment