Wednesday, 22 February 2017

HOW TO PRESENT WELL


Alhamdulillah, setelah berlalu banyak siri presentation yg gagal, baru-baru ni saya sendiri dah buat presentation yg saya mark diri saya bg 5 bintang. Huhu!
Pada awalnya, saya tulis point2 penting dalam kertas lain. Comot, dan agak berterabur. Hightlight sana, hightlight sini. Entah kenapa satu hari ni, saya rasa nak taip. Jadi masa saya taip tu, saya tulis sebiji-biji benda apa saya nak cakap. Bukan sekadar isi kandungan sahaja.
Dan bila kena bentang, saya Cuma bawak kertas tu shj. Dalam semuka lebih je. Alhamdulillah, everything went so well. Point jelas, saya konfiden, audience pun saya berjaya dapat tarik perhatian mereka.
So ni saya listkan dos and donts for a good presentation:

1.      Type dan print semua benda yang kita nak cakap.
Jangan harapkan diri kita akan pandai nak keluarkan percakapan spontan masa tengah present. Apa yang dlm kepala tu, segera dituliskan sbb kebiasaan yg berlaku, kita dah plan dlm kepala nak ckp apa, tapi bila tgh present, otak kita seakan hilang memori. Bila dah habis presentation baru menyesal. Ala, ni  tak cakap, tu tak cakap.
Dan kemungkinan yang bakal berlaku bila kita pilih tak nak type dan print, boleh jadi kita sendiri susah nak baca tulisan kita di depan.

2.      Tulis benda yang kita betul2 faham shaja.
Tak mungkin apabila kita bentang benda yang kita tak faham, audien akan faham pulak jadinya. Mustahil! Biar point kita tak banyak, asal kita faham. Jadi bila dah siap print kertas keramat tu, baca berulang-ulang kali. Tak perlu hafal pun takpe.

3.      Jangan bawa kertas asal.
Misalnya, korang kena bentang satu artikel. Jangan bawa artikel asal tu ke dapan. Apa yang berlaku sekiranya korang degil, korang akan terkial-terkial mencari point yang ingin diutarakan. Maga gap-gap masa berlaku atau kita panggil jeda tu akan membuatkan audien hilang perhatian, dan mulalah kedengaran bunyi2 em.. aaa.. krik2 dan sebagainya.

4. Minta restu mak ayah.
Minta diorang doakan kita, insyaAllah akan ada keberkatan dan ketenangan di sebaliknya.

Jadi, itu shja 4 point penting yang ingin sya kongsikan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment