Saturday, 14 November 2020

Surat Al Haqqah (1-5) dan qawaid dakwah 3 & 4

 

Tafsir Juz 29: Surat Al Haqqah (1-5) - Ustadz Dr. Firanda Andirja, M.A. a

-                         Surah makiyah diturunkan sebelum hijrah nabi

-                         Al haqqah ialah salah satu nama hari kiamat

-                         Setiap nama kiamat ada maksudnya tersendiri

-                         الساعة berlaku kiamat secara tiba-tiba

-                         القيامة bermaksud berdiri kerana orang berdiri lama menanti Allah di padang mahsyar

-                         يوم الحساب، يوم الدين، نساخة

-                         الحاقة – متحقق الحقوق  iaitu pasti terjadi

-                         وأن الساعة آتية لا ريب فيها

-                         Allah akan merealisasikan الوعد والوعيد janji dan ancaman, surga-nikmat, neraka- ancaman utk kaum pendusta utk kaum ad dan Thamud

-                         Al haqaiq- semua rahsia akan terlihat pada hari tersebut, mana yang soleh dan toleh

-                         Allah menggunakan uslub pertanyaan menunjukkan keagungan hari tersebut

-                         Kaum Thamud dan Ad telah mendustakan hari kiamat, kenapa di mention kaum ini? Kerana mereka kaum arab, العرب البائدة iaitu kaum yang sudah punah dan ayat ini turun Ketika nabi berada di Mekah berhadapan dengan arab Quraisy. Sebahgian ahli tafsir kata, kitab injil tidak menyebut kaum Thamud dan ad, sebab mereka kaum nabi arab kaum kepada nabi hud dan soleh. Kaum Thamud terletak di sebelah utara (300km dari pekan Madinah) dan kaum Ad sebelah selatan jazirah arab ada yg kata di yaman, ada yang kata di antara Yaman dan Oman iaitu di Ahqaf (bukit pasir), mereka telah musnah namun dikenali oleh kaum quraisy kerana mereka kaum arab

-                         القارعة – قرع (ضرب شديد) hentaman yang kuat, kenapa dikatakan alqariah sebagai hari kiamat? Kerana manusia pada hari itu sgt ketakutan, seakan ada hentaman dalam hati mereka melihat dahsyatnya hari kiamat, bintang jatuh, langit terbelah, lautan meluap, seakan jantung mereka dipukul dengan pukulan yang kuat

-                         Kaum Thamud dibinasakan oleh suara yang sangat keras sehingga mereka meninggal dunia. الطاغية maksudnya sesuatu yg melampaui batas. Kanapa Allah tak sebutkan soihah di sini? At thagiah bermaksud suara keras yang tidak wajar, tidak pernah mereka dengar.

-                         Allah utuskan nabi Soleh dan juga unta betina yang nabi telah beri peringatan agar tidak menyentuh unta tersebut namun mereka tidak mempedulikannya. Kemudian dalam surah as-syams Allah sebutkan mereka bermusyawarah, ada seorang telah bunuh unta nabi Soleh maka disebutkan di situ sebagai At thagiah yang bermaksud zolim. Walaupun yang meÉmbunuhnya seorang tapi itu adalah hasil musyawarah

-                         فعقروها

-                         Kaum Thamud dibinasa semuanya gara-gara perlakuan seorang dari mereka yang telah bunuh unta tersebut

Soalan berbangkit:

1.      apa kaitan kaum nabi ad dan Thamud dgn kaum kafir quraisy

2.      apa beza nabi dan rasul, nabi soleh ialah seorang rasul? -ya

 

 

Qaidah ke 3:

ألأجر يتوقع بمجرد الدعوة ولا يتوقف على الاستجابة

Pahala berdakwah bukan tertakluk kepada hasil dan bukan juga bukan sekadar buat, tp kena buat sehabis mungkin, bukan baru nak start enjin bukan yg tgk jalan

 

Qaidah ke 4:

على الداعية أن يصل إلى رتبة المبلغ وأن يسعى إلى البلاغ

Amal dikira bila kita dah sampai ke tahap muballigh (yg menyampaikan)

Seorang daie perlu buat kerja semaximumnya.

Untuk capai kpi dakwah perlu ada skill dan kefahaman

Fiqh dakwah ialah alat untuk dpt kefahaman dalam dakwah

Perlu ada kesedaran dan khusyuk dengan content dakwah

Perlu jujur dgn dakwah, bila kita bercakap kita perlu waie (sedar) dengan apa yang kita cakap

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment