Usrah
(1 Nov 2020) Surah al-Qalam ayat 17-33
Dalam
kita berdoa, diajarkan kepada kita bila nak mohon keampunan Allah, kita gunakan
perkataan ini (sesungguhnya aku telah berlaku zalim ke atas diriku). Doa yang
diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakar as-Siddiq:
وَعن
أَبي بكْرٍ الصِّدِّيقِ t،
أَنَّه قَالَ لِرَسولِ اللَّه ﷺ: عَلِّمني دُعَاءً أَدعُو بِهِ في صَلاتي، قَالَ: قُلْ: اللَّهمَّ
إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كثِيرًا، وَلا يَغْفِر الذُّنوبَ إِلاَّ
أَنْتَ، فَاغْفِر لي مغْفِرَةً مِن عِنْدِكَ، وَارحَمْني، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفور
الرَّحِيم متَّفَقٌ عليهِ.
Maksud :
Ya
Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzhalimi diri sendiri dan tidak ada yang
mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dari
sisi-Mu, sesungguhnya Engkau maha pengampun dan maha penyayang.
Ini
juga doa yang dibaca oleh Saidina Abu Bakar dalam sujud atau sebelum salam. Doa
dibaca dalam sujud bukan sahaja dalam sujud terakhir, doa juga boleh dibaca dalam
semua sujud. Posisi sujud adalah posisi yang paling antara kita dengan Allah.
Doa
nabi Yunus:
لا
إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
"Sesungguhnya
tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau
(daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang yang menganiaya diri sendiri ".(Al-Anbiyaa':
87)
Doa
kisah pemilik kebun dalam surah al-Qalam:
قَالُوا
سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا
ظَالِمِينَ (29)
'Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang
berlaku zalim!'
Doa
mengucapkan syukur kerana tidak mendapat ujian spt yg kita lihat.
الحمد لله الذي عافانا مما ابتلاك
به وفضلني على كثير ممن خلق تفضيلا
Qawaid
dakwah siri ke 2
Daripada Sahl bin Sa’ad R.A, bahawa Nabi SAW bersabda kepada
Saidina Ali R.A: فو اللَّهِ لأنْ يهْدِيَ اللَّه بِكَ
رجُلًا واحِدًا خَيْرٌ لكَ من حُمْرِ النَّعم Maksudnya: Maka demi Allah,
bahawa Allah memberi hidayat kepada seorang lelaki dengan sebab kamu, makanya
lebih baik bagi kamu daripada unta yang terbaik.
Riwayat al-Bukhari
(4210) dan Muslim (2406)
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2907-irsyad-al-hadith-siri-ke-322-syarah-hadis
No comments:
Post a Comment