Sunday, 8 November 2020

Tafsir Fi Zilal Quran Surah Al-Qalam oleh Ustaz Syamil Esa (youtube)

 

Ayat 8, jangan turuti orang yang mendustakan ada 3 kisah pertemuan Rasulullah dengan kafir quraisy:

Yang pertama, Ketika dakwah rasulullah menjadi terbuka, baginda selalu di back up oleh bapa saudaranya iaitu Abi Tholib. Namun hari demi hari, Abu tolib tak dapat menghentikan tekanan dari org kafir quraisy supaya meminta Rasulullah untuk berhenti berdakwah, lalu beliau jumpa Rasulullah untuk berbuat demikian. Rasulullah cakap:

Jika diberi matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku untuk aku tinggalkan urusan ini nescaya aku takkan tinggalkan urusan ini. Kemudian Rasulullah pun terus pergi. Abu tolib  menangis dan beliau memanggil semula Rasulullah dan berkata, tak mengapalah kau pergi buat urusanmu, aku takkan menyerahkanmu kepada sesiapa.

Kisah kedua, Utbah bin Rabiah offer kepada rasulullah:

1.      Harta

2.      Kedudukan

3.      Jika ada penyakit (jin), kami tawarkan duit untuk cari kesembuhan

Sesudah habis bercakap, Rasulullah bacakan surah Fussilat, kemudian baginda disuruh berhenti baca dan dia pulang. Utbah beritahu kawannya tinggalkanlah dia.

Kisah yang ketiga, kafir Quraish bertemu rasulullah dan berkata kau ada tuhan, kami ada tuhan. Apa kata kita buat turn, sehari sembah tuhan kau, sehari sembah tuhan kami. Maka turunlah surah al kafirun yang menyatakan dalam Aqidah tiada negotiation.

 

Ayat 34

Sebelum ayat 34, Allah sebut pasal azab dan ayat 34, Allah sebut pula ayat mengenai syurga. Orang bertakwa di sisi Allah dpt syurga na'im penuh nikmat. Adakah org mukmin sama dgn orang yang buat dosa, macam mana engkau membuat penilaian? Allah mempersoalkan bagaimana mereka berfikir. Apa asas ilmu mereka? Adakah mereka ada kitab yang mereka boleh tengok atau dia boleh pilih sesuka hati? Atau dia ada perjanjian dengan Allah yang mengatakan takda masalah jika kamu kafir?

Jika semua tu tiada, tanyalah mereka wahai Muhammad siapakah mereka punya pembesar yang boleh back up ataupun mereka ada tuhan-tuhan yang lain kalaulah betul-betul mereka memiliki. Tunjukkan bukti.

Ayat 42, Allah SWT terus ke plot lain tentang hari kiamat. Pada hari kiamat, tersingkap betis (keadaan terlalu dahsyat) dan disuruh sujud, tak mampu nak sujud sebab keadaan yg terlalu dahsyat. Pandangan mereka pada hari itu terlalu takut padahal dahulunya dalam keadaan sejahtera mereka telah diseru utk sujud dsbg tapi mereka tak buat. Allah berkata dalam ayat 44, maka biarkanlah aku dengan mereka wahai Muhammad iaitu orang tak mau dgr kata dahulunya, kami akan menarik mereka dari arah yg mereka tidak mengetahuinya. Aku beri mereka tempoh, perancangan aku cukup-cukup teliti. Adakah engkau dulu minta merak duit, samapi dorg takut nak bayar, takut sangat. Ataupun adakah mereka ini ada ilmu ghaib yang mengatakan bahawa mereka tak perlu beriman dsbg? Semua ini ialah persoalan-persoalan Allah untuk memberikan logika kepada orang kafir supaya boleh berhujah.

 

Ayat 48

Sabarlah wahai Muhammad dengan ketentuan tuhanMu, janganlah jadi seperti nabi Yunus, menyeru dalam keadaan marah. Baginda lari dari kaumnya kerana marah dengan kaumnya yang tidak beriman. Kapal berat, 3x nabi kena undi akhirnya baginda terjun lalu dimakan ikan Huut nabi duduk di dalam perut ikan. Nabi berdoa kemudian dimuntahkan lalu Kembali semula kepada kaumnya. Kalaulah bukan kerana rahmat tuhan tentulah baginda akan mati dalam keadaan tercela, namun Allah memilihnya Kembali dan menjadikannya orang soleh.

Kenapa Allah suruh sabar macam kisah nabi Yunus? Disebut oleh syed Qutub, kesusahan sebenar yang berada dalam dakwah ini ialah, bukan susah nak berdakwah tapi susah nak bersabar menunggu ketentuan Allah SWT.

 

QAWAID DAKWAH SIRI 3

Punca wujudnya qawaid dakwah:

1.      Masa terhad

No comments:

Post a Comment