Tuesday, 12 January 2021

Hadith Riyadhussolihin kitab Adab bab ke 85 (menjaga rahsia)

 Jilsah ruhiyah 29 dec 2020

Hadis 85 – menjaga rahsia

1.      Jaga rahsia hubungan kelamin. (perawi: Abu Said al khudri)

2.      Kisah Umar menawarkan anaknya Hafsah yg kematian suaminya kepada Usman dan Abu Bakar utk mengahwini anaknya. Usman menolak manakala Abu Bakar hanya diam. Umar menceritakan kpd nabi dan nabi pun menikahi Hafsah. Abu Bakar berkata sesungguhnya dia telah mengetahui isi hati nabi yg ingin menikahi Hafsah, tetapi beliau tidak memberitahu Umar kerana menjaga rahsia. Setelah 3 tahun dari peristiwa tersebut barulah Abu Bakar beritahu kepada Umar. (perawi: Abdullah bin umar)

3.      Kisah nabi berbisik kepada Fatimah tentang kewafatannya dan kewafatan Fatimah setelah nabi. (perawi: Aisyah)

Mcm mana nak tahu sesuatu benda tu rahsia atau tak?

Kita tengok dari body language dia. Kalau dia hanya bgtahu kita maka itu adalah rahsia.

Cerita nabi bisikkan khabar kepada Fatimah tapi masa tu ada isteri2 nabi, maka sudah tentu itu rahsia.

Yang org taknak bgtahu itulah yg kita nak tahu, eager.

Kalau kita ada 3 org duduk bersama, tak boleh bisik antara 2 orang, tinggalkan sorang lagi takt ahu apa-apa.

Kalau more than 3 boleh bisik-bisik- sekiranya ada keperluan, tiada tegahan.

Kenapa apa yang dikhabarkan kepada Fatimah itu berbentuk rahsia? Kerana nanti dakwah akan terhenti, keadaan jadi huru hara sebab nabi dah nak wafat.

Kenapa Fatimah ada kedudukan istimewa di sisi Rasulullah?

Ruqayyah, Zainab, ummu kalthum semua telah berkahwin sebelum Khadijah wafat iaitu pada tahun ke 10 kenabian nabi. Abu thalib wafat sebelum Khadijah.

Selepas Khadijah wafat, Fatimah ambil alih tugas Khadijah dan dia juglah yg mententeramkan nabi. Masa tu Fatimah belum berkahwin. Dia juga digelar ummu abiha. Dialah yg menggantikan tempat Khadijah setelah kewafatannya.

 

سرّها memberitahu rahsia

سآرّها memberikan khabar gembira

No comments:

Post a Comment