Sunday, 17 January 2021

Anas bin Malik

 Ringkasan hidup Anas bin Malik dari buku Hayatus Sahabah

• Ibunya bernama Ghumaisok.
• Beliau sangat ternanti-nanti kehadiran nabi ke kota Yathrib.
• Tidak lama selepas nabi tiba, ibunya membawanya berjumpa nabi dan menghadiahkan beliau kepada nabi untuk memberi khidmat kepada nabi.
• Ketika itu anas berumur 10 tahun.
• Dia berkhidmat kepada nabi selama 10 tahun sehingga nabi wafat.
• Dia digelar Unais dan kadangkala dipanggil annaku oleh nabi.
• Hidup lebih 80 tahun lepas kewafatan nabi.
• Menjadi penyambung lidah rasulullah.
• Tempat rujuk masyarakat
• Hari bersejarah baginya ada 2: hari bertemu nabi dan hari kewafatan baginda
• Nabi sentiasa mendoakan beliau:
• اللهم ارزقه مالا وولدا وبارك له
• Dalam versi lain : اللهم ارزقه مالا وولدا وبارك له في عمره
• Anak dan cucu lelakinya shj mencecah 100 orang
• Beliau hidup sehingga 103 tahun
• Beliau merupakan perawi hadith terbanyak sesudah abu Hurairah dan Abdullah bin Umar
• Sahabat paling terakhir meninggal dunia pada tahun 103 hijrah






No comments:

Post a Comment