Setelah berminggu aku tangguhkan penulisan proposal dek kerana merasakan masih kurang pembacaan, harini aku telah tekad untuk menulis juga dengan segala limitations yand ada.
Selalunya, setiap kali aku dihinggapi rasa mengantuk, aku akan terus matikan laptop dan beradu. (meja belajar dalam bilik tidur). Harini aku telah menukar strategi di mana aku nap di atas meja selama 15 minit (plan asal nak tidur 5 minit sahaja) dan kembali meneruskan kerjaku. Aku tekad menulis dan meletakkan urusan grammar di tangga yang kedua, yang penting ada point!
Strategi kedua, aku telah menggunakan teknik Pomodoro. Teknik ini merupakan teknik yang digunakan untuk menjaga (track) waktu.
What does Pomodoro mean?
"Using this method, you break your workday into 25-minute chunks separated by five-minute breaks. These intervals are referred to as pomodoros. After about four pomodoros, you take a longer break of about 15 to 20 minutes."
Teknik ni buatkan aku sedar dengan masa yang berlalu. 25 minit bukanlah masa yang lama dan buatkan aku fokus tanpa menyelang nyelikan kerja aku dengan aktiviti melayari media sosial. Cara ni boleh kita gunakan untuk betul-betul manfaatakan waktu cthnya 2jam utk menyiapkan target-target tertentu.
Jika kita telah tersilap melakukan kerja yg bukan berada dalam prioriti, kita seolah-olah diberikan peluang yang kedua dalam 25 minit yang seterusnya.
Teknik ini boleh dilakukan secara beramai-ramai ibarat study group, tapi setiap orang lakukan kerja masing-masing. Dalam tempoh pandemik ni, kita boleh mengajak kawan-kawan kita join Google Meet dan apa-apa sahaja platform yang ada untuk lakukan pomodoro secara berjemaah. Cthnya kita shout out dalam group wsap, "Jom siapa nak join pomodoro pukul 10-12 tgh, join link ni:..."
Jika kita ingin melakukannya secara bersedirian, kita boleh gunakan:
1- apps sedia ada
2- setkan masa di telefon bimbit setiap 25 minit.
3- setkan guna jam manual. (lebih disarankan berbanding fon)
4- search pomodoro teknik di utube.
Teknik ini juga boleh dicustomize mengikut keselesaan individu. Cthnya buat 45minit kerja-5 minit rehat.
Selamat mencuba.