Tuesday, 28 March 2017

KEAJAIBAN SEDEKAH- KISAH BENAR


Haritu ada dgr dari radio, seorang ust suruh bersedekah, yang mana kita akan dapat balik 10 kali ganda daripada nilai yg kita sedekahkan. Ust suruh berniat dan cuba.

Satu hari, aku ternampak org bersedekah ke dlm tabung masjid, aku pun tergerak hati nak sedekah. Bukak dompet, eh takde duit singgit2. 5 ringgit pun xde. Yg ada 10, 20, 50.

Aku pun sedekahkan 10 ringgit dan teringat ceramah ust dulu. Aku hitung kalau 10 kali ganda, dapat 100. Dan aku tak yakin pun, mana akan dtg 100 ringgit pulak nnt tiba2? Takpelah, aku sedekah atas segala nikmat yang telah aku terima, kesihatan dsb lillahitaala.

Keesokan harinya, aku ada jumpa sorg student ni sbb aku ada ambil upah betulkan translation dia. Dlm kepala aku cuma expect 20-50 ringgit je. Dia hulur sampul surat, dan dia pergi sembahyang. Aku saja tak nak bukak awal2 takut nnt kecewa. Jadi aku bukak lepas kitorang dah berpisah.

To my surprised, dia bg 120! Aku rasa tu sgtlah byk dan aku cepat2 keluar dr masjid nak kejar dia, nak pulangkan 50. Tapi dia dah pun berlalu. Balik tu aku wsap dia, nak aku transfer kan sikit atau bg aku second task. Dia tak ambil kedua2nya. Dia kata itu rezeki aku.

Aku kata, isy, ni dah lebih 10 kali gnd drp apa yg aku sedekah. Dan harini aku betul2 terkesima dan malu dgn sifat pemurah tuhan.


Sampaikan dlm hati aku kata, adakah budak ni letak amount yang less than that, tp tuhan yang tambahkan sehingga 10 kali ganda?

Saturday, 18 March 2017

gemuk!

Harini tetiba rasa nak share pasal perbezaan gaya pemakanan di msia dan Jordan dulu!
Masa kat Jordan dulu, kalau makan pagi cari makan sendiri kat dapur. Kalau ada makanan lebih yg semalam punya alhamdulillah, kalau tak ada, masak la nasi goreng ke cekodok ke. Ni terpulang ke atas kerajinan individu, kadang tu housemate masakkan utk serumah. Kadang-kadang je lah! 😝
Anyway kalau makan tengahari, ni pun masing2 punya cara. Pernah satu hari tu, beli syawarma arabi. Semangat ni, balik nak share ajak housemates yg ada kt rumah semua makan sesame. Tengok2, lah ada sorg housemate je kat rumah, kebetulan dia pun beli syawarma arabi jugak! Kitorang pun makan je la masing- masing punya. Makan punya makan, tup tup, eh habis! Ada la tinggal sepotong dua syawarma je dan letak baki nye kat meja makan. Rupanya housemate sorg lagi  tu pun macam tu. Kitorang mmg seriesly lapar. Dan masing2 pun tergelakkan diri memasing sbb boleh makan bukan main byk lagi.
Tibalah waktu makan petang. Makan petang style makan dlm talam sesame, dan ikut giliran memasak. Petang tu, kitorang berdua makan slow-slow je. Senyap je tak bgtahu ahli rumah yang lain pon pasal syawarma tghr tu. Ahli rumah yg lain pun kata, eh sikit je korang makan harini padahal masing2 dah kenyang. Tergelak jugak kitorang dan terpaksa jugak buka rahsia. Tp nak katanya, kat Jordan jarang sekali makan lewat malam. Mmg disiplin makan seblm maghrib atau sejurus slp solat maghrib. Makan kenyang-kenyang, pastu malam memang dah tak cari makan dah.
Tapi, ha.. kat msia ni lain pulak ceritanya. Kelas selalu start pukul 5 ptg. Habis kls pukul 8. Kadang, lepas kelas, kena tahan je dulu lapar tu utk kejar solat mangrib. Ada yang doctor berhenti time solat maghrib tu okla. Ada jugak kelas 6-10. Break utk solat maghrib stgh jam then proceed, nak makan bnd berat tu mmg x sempat. Yang sempat tu biskut, roti macam tu je sempat sambar.
Jadi bila kelas hbs lewat, mmg biasa la makan malam pun lewat. Macam pukul 10, 1030 tu biasa. Ditambah lagi kalau masakan ala carte kt café tu portion nye by pulak. Dulu kita makan, senduk sendiri.. Kalau lapa ambik byk, itupun tak lebih. Ini dah makan kenyang pun still ada lebih. Nak bungkus mcm sikit sgt pulak. Nak buang, sayang. Jadi sumbat jugak dalam mulut even dah kenyang. Lama kelamaan perut pun dah biasa dgn hidangan yang besar.

So dua factor ni, mmg pencetus atau pendorong besar atas kenaikan berat badan. Makan lewat malam dan portion byk!

Highly-opinionated person


Semalam ada hadiri satu seminar and one of the speakers ada cerita bhw beliau ialah seorang yang highly-opinionated. Orang selalu cakap kat dia, eh budak ni, asyik dia je nak menang, or asyik dia je nak betul! Haha.. kebetulan, haritu saya ada tulis bagaimana kita nak berhadapan dengan org mcm ni *bukan tulis di fb*. Dan semalam, I feel grateful, sbb berpeluang mendengar hujah manusia spesies ini.
Sebenarnya, orang yang highly-opinionated ni dia bukan semena-mena nak tolak pandangan orang lain and stand with their opinion only. Orang macam ni sebenarnya, hujah dia perlu dipatahkan dengan hujah yang beeetul- betul ampuh, yang sebenarnya kita-kita ni selalunya malas dah nak melawan gitu. Ni speaker tu sendiri yang cakap, bhw jikalau pendapat dia boleh ditangkis, dia akan dengar jugak. Tp most of the time orang x balas pun hujah dia yang buktikan dia x tepat or salah. Tp tak dinafikan diorang ni juga suka hidup in denial. Dia dah tau dia salah tp dia cuba sebaik mungkin utk menidakkan, dia tak nak admit dan ada ego tinggi senang kata.
So, inilah dia definisi atau ciri-ciri highly-opinionated person dan antonym bg spesis ni pulak ialah, flexible or open-minded person.

Saya pun kadang2 (mcm selalu je) jenis mcm ni jugak tp dulu lagi ekstrim la😝. Awak tu jenis yang mana?

Wednesday, 1 March 2017

ISLAMIZATION

Sem ni ada belajar subjek islamization atau dlm Bahasa arab dipanggil aslamah. Hadaf drp kelas ni, pelajar akan menjadi orang yang melakukan pengislamisasian makrifah ilmu atau menjelaskan lagi suatu fahaman dengan fahaman Islam yang sebenar.
Contohnya perkataan irhab (terrorism), irhab ni asalnya perkataan yang positif dan ada saranan kpd umat islam untuk melakukan irhab apabila berhadapan dengan musuh untuk menakutkan mereka. 
Dalilnya:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ (60)
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Al-Anfal:60)

Irhab tujuannya nak takutkan musuh dengan tidak membiarkan sewenangnya kita dilihat seperti tiada harga diri. Dan inilah salah satu contoh, fahaman tentang terrorism yang perlu diperbetulkan fahamannya mengikut quran sunnah, bukanlah terrorism bererti keganasan spt yang dimomokkan 
oleh barat.

Doc kata, setiap perkara cthnya adab klasiki atau adab ghazali, sastera-satera ini tiada unsur islami. Namun, ianya masih terbuka untuk dilakukan pengislamisasian selagi mana ianya tidak haram. Begitu juga hari kekasih/valentines day, dlm bhs arab dipanggil yaumul asyaq. Mmg ada fatwa yang mengharamkannya. Tapi, itu tugas mufti-mufti kata doc, utk menghasilkan fatwa. Adapun kita sebagai muaslimin(org yang menjalankan tugas2 pengislamisasian), kita perlu lakukan kerja-kerja kita. Dan kerja2 pengislamisasian ini perlukan kajian. Kita perlu mencari wasilah-wasilah utk berdakwah dan lakukan pengislahan, dan inilah apa yang dilakukan oleh para muslimin di barat. 


Jadi, ada satu soalan yang berlegar dalam kepala, apa hukumnya kita meninggalkan fatwa dengan melakukan pengislahan terhadap sesuatu yang fatwa telah gariskannya sebagai haram? Ada yg kata fatwa ni mcm hakim, tugasnya membuat satu keputusan. Bezanya, fatwa tak wajib ikut, keputusan hakim wajib ikut, sbb fatwa ni sebenarnya jawapan kepada orang yang bertanya. Wallahuaklam.