Please take note, INI BUKAN IV UTK PTFT. Ini ialah pengalaman iv utk jawatan tetap.
Interview ini ada 3 bentuk di mana kesemua calon dikehendaki mengambil ketiga-tiga test ini iaitu:
Writing, interview (iv) dan mock teaching.
Writing: Arahannya berebentuk: Tuliskan method teaching and learning terbaik untuk
foreign language. Dalam hari yang sama masa iv haritu, ada juga candidates yang
datang iv untuk bahasa-bahasa asing yang lain seperti Bahasa Korea, Mandarin dan tak ingat
Bahasa apa lagi satu. Semua calon diminta buat karangan tajuk ini dan tulis
dalam bahasa yang dipohon masing-masing. Masa yang diberikan ialah sejam.
Interview:
Iv haritu secara grouping seramai 4 orang. Semua soalan
adalah soalan terbuka, siapa nak jawab dulu, jawab. Tapi masing- masing haritu
tunggu orang lain jawab sampailah panel yang point utk siapa jawab dulu..
sebenarnya nak selamat bagi orang lain jawab dulu, kita tgk mcm mana jawapan
dorang tapi ada masa kita yang diminta jawab dulu, maka bersiap sedia jelah.
1.
Perkenalkan diri. Part ni
memang berkali-kali saya pergi iv lupa nak elaborate dengan panjang lebar. Dalam part
ni apa yang boleh kita share ialah:
a.
Nama
b.
Umur dan status perkahwinan
c.
Asal mana
d.
Background studies (sebut
bidang dan di mana, grad bila, kalau ada tesis bagitau tajuk)
e.
Sekarang kerja mana (brp
tahun, kerja sbgi apa)
2.
Kenapa pilih uitm?
Soalan ini wajib cakap kelebihan uitm. Kenapa
nak sgt kerja kat uitm? Nak bantu anak melayu, uitm menyediakan geran research ke..
ada biah yang bagus ke.. ada matlamat yang jelas untuk membangunkan akademi..sebutkan
la apa dia mission and vission dia.
Jangan ckp nak higher salary, dekat dengan
family.
3.
Kalau dihantar ke cawangan2
lain seperti Sabah dan Sarawak sanggup ke?
Yang ni mestilah secara peribadinya tak
sanggup. Tapi apa yang saya jawab ialah;
‘Secara jujurnya, saya lebih prefer nak
kerja di dalam Selangor. Namun sekiranya saya diberi peluang mengajar di Sabah
dan Sarawak, saya akan ambil peluang ini kerana ini ialah peluang yang sangat
baik untuk menimba pengalaman dan career saya’.
Jawab je lah macam tu dulu, nanti kalau dapat
betul-betul baru fikir balik. Ahhaha
4.
Apa yang kamu boleh
sumbangkan untuk pembinaan kursus degree Bahasa Arab di sini?
Tapi mula-mula tu diorang tanya tahu tak ada kursus
Bahasa Arab degree kat sini..masing-masing jawab tahu tapi bila suruh bagitahu apa namanya, semua tak dapat jawab dengan tepat hahhaa. Pastikan korang tahu la serba sedikit
department yang korang apply tu.
Berbalik kepada soalan, saya bagitahu saya akan
buat kerjasama dgn uni2 lain, syarikat swasta untuk bagi pendedahan tentang kerjaya
agar para pelajar nampak hala tuju kerjaya masing-masing. Buat ziarah ke uni2 yang
lebih bagus.
5.
Pernah hasilkan buku atau
artikel tak?
Jawablah sejujurnya.
Soalan 1-5 jawab dalm Bahasa arab
6.
What makes you differ from
others?
Part ni paling penting sekali. Soalan inilah
yang menjadi penentu adakah kita akan diambil kerja ataupun tidak. Apakan daya,
haritu soalan ni ditanya dalam Bahasa Inggeris dan perlu dijawab dlm Bahasa inggeris
juga. Masa tu terus terfikir jawapan yang ada kaitan dengan Bahasa inggeris. My answer
was, I am able to teach in 2 or 3 languages .. if my students cannot understand
in Arabic I can explain to them in English or Malay. Dan itu sahaja yang saya
bagitahu.
Padahal untuk jawab soalan ini kita boleh bagitahu
apa-apa sahaja kekuatan yang kita ada. Contohnya I was a straight A’s student. I am
ready to be given any task and responsibilities. I have strong background in
bla2 and I have achieved…. I was an activist. I actively giving lectures to
schools and apa2 je lah. I was invited to be a speaker in radio.. I wrote a
book.. I published 5 articles.
Jadi nak selamat, tuliskan siap-siap apakah kekuatan
yang korang miliki.
Mock teaching.
Mock teaching ni prepare la siap-siap bahan nak ajar. Buat slide,
print untuk 3 orang panel dan bawak juga pendrive. Diorang sediakan komputer. Kalau
nak menulis, prepare marker pen dengan pembaris ke untuk acah-acah.
So terangkan je mcm biasa. Buat la supaya menarik cara
mengajar tu. Kuatkan suara, jangan gelabah, anggap je ahli panel tu sebagai student. Buat eye
contact dan buat two-way communication. (Eye contact ni penting sbb saya dimaklumkan ada sorang calon tak dpt offer kerja kerana dia tak buat eye-contact). Tajuk tu biar mudah-mudah dan kita pakar, sebab
panel akan tanya soalan berkaitan tajuk kita. Tapi ada jugak soalan-soalan luar tajuk
so get prepared je lah.
Haritu saya ditanya, mcm mana nak mengajar Bahasa Arab kepada orang Sabah Sarawak yang bukan beragama Islam?
Jawapan saya, Bahasa Arab ni sama sahaja macam bahasa-bahasa lain. Ajar sahaja macam biasa. Tak perlulah guna Alquran dan hadis untuk bagi contoh.
Macam mana kalau mereka tak kenal huruf pun?
Ajar sahaja mereka kenali huruf slow-slow sehingga la mereka dapat membaca.
Pastu banyakkan beri mufradat sepertimana kita ajar budak-budak kecil.
So ini sahajalah yang dapat saya kongsikan.
Pesanan: Pastikan datang awal sejam before untuk dapatkan giliran
awal. Boleh la balik awal.
Baca pengalaman iv peringkat kedua: http://nusairah.blogspot.com/2019/08/2nd-interview-in-uitm.html
Baca pengalaman iv peringkat kedua: http://nusairah.blogspot.com/2019/08/2nd-interview-in-uitm.html
Boleh saya tau,mock teaching tu brapa lama masa yg di beri ye
ReplyDeletemengajar dalam 5-10 minit. Tapi sesi soal jawab berlanjutan hingga 20 minit tak silap
Deletethanks!
ReplyDeleteNak tanya, saya baru lepas iv akhir uitm 12/3. Hari ni 17/3 saya dapat panggilan dr uitm minta emailkan segera salinan dokumen sijil lahir/ ic / salinan sijil akedemik yang berkaitan dan gambar passport. Maksud dia apa ya?? Ada tapisan lagi ke.
ReplyDeleteSaya pun dpt panggilan td mtk sijil2. Tp baru sekali interview je. Mungkin standard procedure.
DeleteBoleh kongsikan iv akhir dorg tanya apa?
DeleteBoleh kongsikan iv akhir dorg tanya apa?
DeleteBoleh kongsikan iv akhir dorg tanya apa?
DeleteBaca pengalaman iv peringkat kedua: http://nusairah.blogspot.com/2019/08/2nd-interview-in-uitm.html
DeleteBasically mock teaching sis ajar apa ya? Boleh tau sis ajar basic Arabic atau apa? Sebab saya dapat juga tapi di kolej swasta
ReplyDeleteSaya ajar tajuk mubtadak khobar, jenis2 khobar masa mock teaching. Mock teaching disarankan ajar tajuk yg kita plg confident nak ajar dan expect soalan apa yg akan ditanya dari tajuk tersebut. Pengalaman saya, mmg panel tanya kaw2 punya berkaitan mock teaching saya.
Delete