Friday, 21 September 2018

Bagaimana nak mantapkan bahasa arab?

Semalam saya bertemu penyelia master saya, Dr Yasir Ismail. Kami sempat berbincang mengenai penulisan artikel. Dr menyedari kelemahan saya dalam penguasaan bahasa arab lalu saya bertanyakan beliau apakah cara untuk mengusainya.

Beliau mengatakan terdapat dua cara, dan kedua-dua cara ini mengambil masa yang lama tapi insyaAllah akan berhasil. Cara-caranya:

1. الاستماع الصحيح (mendengar bahan audio yg fusha)
2. القراءة الصحيحة (membaca teks arab berbaris)

Untuk cara pertama, beliau menyarankan saya mengumpul audio2 dalam bahasa arab ke dlm thumbdrive dan dengar semasa memandu. Beliau bercerita, semasa zaman beliau belajar di tanah arab suatu ketika dahulu, beliau banyak membeli kaset2 arab dan kerap mendengarnya. Pastikan ianya fusha dan tajuk yg dibincangkan adalah sesuatu yg kita minati.

Untuk cara yang kedua, beliau menyarankan agar saya memperbanyakkan membaca kitab2 arab yg berbaris. Buku2 berbaris juga banyak boleh didapati di internet.

Dan pesanan terakhir beliau, biarkan apa yg kita baca dan dengar itu berulang, kerana lama2 ia akan meresap dan membantu kita untuk menguasai bahasa arab.


No comments:

Post a Comment