Thursday, 27 September 2018

TUGAS PENSYARAH

Tugas utama seorang pensyarah ada 5 perkara:
1. Pengajaran
2. Penyelidikan
3. Penulisan
4. Penerbitan
5. Kemasyarakatan

Yang membezakan profesion seorang pensyarah dan seorang guru ialah pada perkara ke-2 hingga 4.
Pensyarah perlu fokus utk menghasilkan penyelidikan-penyelidikan untuk kenaikan pangkat dan juga untuk dikenali.

Dalam satu minggu, kita bekerja selama 40 jam. Tugas mengajar selalunya dalam 18-21 jam seminggu. Baki masa yang kita duduk di pejabatlah perlu diluangkan untuk melakukan kajian dan penyelidikan.

40jam -21jam = 19jam

Adaikata masa yg kita guna untuk membuat kertas soalan, merancang P&P kita ambil masa sehingga 10 jam seminggu.. kita masih mempunya 9 jam seminggu.

jadi paling kurang(sekurang-kurangnya) satu jam perlu diperuntukkan untuk merancang, membaca dan menulis penyelidikan.

Kuncinya ialah disiplin. Jangan membuang masa balik ke rumah, pergi pasar, sibuk dgn urusan anak dsb. DISIPLIN.

kalau ditanya pensyarah yg mendapat title proffesor ada umur 35 apa rahsianya? rahsianya ialah disiplin.

ok ustazah? (ups, pensyarah)
#phd30
#prof35

perkongsian oleh:
En Azman bin L Kadir
Pengurus Besar
Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
USAS.


Friday, 21 September 2018

Bagaimana nak mantapkan bahasa arab?

Semalam saya bertemu penyelia master saya, Dr Yasir Ismail. Kami sempat berbincang mengenai penulisan artikel. Dr menyedari kelemahan saya dalam penguasaan bahasa arab lalu saya bertanyakan beliau apakah cara untuk mengusainya.

Beliau mengatakan terdapat dua cara, dan kedua-dua cara ini mengambil masa yang lama tapi insyaAllah akan berhasil. Cara-caranya:

1. الاستماع الصحيح (mendengar bahan audio yg fusha)
2. القراءة الصحيحة (membaca teks arab berbaris)

Untuk cara pertama, beliau menyarankan saya mengumpul audio2 dalam bahasa arab ke dlm thumbdrive dan dengar semasa memandu. Beliau bercerita, semasa zaman beliau belajar di tanah arab suatu ketika dahulu, beliau banyak membeli kaset2 arab dan kerap mendengarnya. Pastikan ianya fusha dan tajuk yg dibincangkan adalah sesuatu yg kita minati.

Untuk cara yang kedua, beliau menyarankan agar saya memperbanyakkan membaca kitab2 arab yg berbaris. Buku2 berbaris juga banyak boleh didapati di internet.

Dan pesanan terakhir beliau, biarkan apa yg kita baca dan dengar itu berulang, kerana lama2 ia akan meresap dan membantu kita untuk menguasai bahasa arab.


Sunday, 16 September 2018

KERJA PERTAMAKU SELEPAS MASTER

Bukanlah sedikit yg pelik dgn pilihan aku memilih bidang ini,

Guru-guru sekolah, kawan-kawan rapat,
Tidak terlepas juga kedua ibu bapaku,

Apatah lagi aku.

Ya, mmg aku kerap kali persoalkan pilihan aku 6 tahun yang lalu.

Ada satu niat yg aku niatkan semasa memilih bidang ini,

Dan biarlah aku dan tuhan shj yg tahu.

Sungguh aku tak manyangka aku mampu pergi sejauh ini,

Dan moga direzekikan tuhan untuk aku pergi lebih jauh,

Bukan untuk aku, tapi utk tabung akhiratku.