Alhamdulillah, setelah berlalu banyak siri presentation yg
gagal, baru-baru ni saya sendiri dah buat presentation yg saya mark diri saya
bg 5 bintang. Huhu!
Pada awalnya, saya tulis point2 penting dalam kertas lain. Comot,
dan agak berterabur. Hightlight sana, hightlight sini. Entah kenapa satu hari
ni, saya rasa nak taip. Jadi masa saya taip tu, saya tulis sebiji-biji benda apa
saya nak cakap. Bukan sekadar isi kandungan sahaja.
Dan bila kena bentang, saya Cuma bawak kertas tu shj. Dalam semuka
lebih je. Alhamdulillah, everything went so well. Point jelas, saya konfiden,
audience pun saya berjaya dapat tarik perhatian mereka.
So ni saya listkan do’s and dont’s for a good presentation:
1.
Type dan print semua benda
yang kita nak cakap.
Jangan harapkan diri kita akan pandai nak
keluarkan percakapan spontan masa tengah present. Apa yang dlm kepala tu,
segera dituliskan sbb kebiasaan yg berlaku, kita dah plan dlm kepala nak ckp
apa, tapi bila tgh present, otak kita seakan hilang memori. Bila dah habis
presentation baru menyesal. Ala, ni tak
cakap, tu tak cakap.
Dan kemungkinan yang bakal berlaku bila
kita pilih tak nak type dan print, boleh jadi kita sendiri susah nak baca
tulisan kita di depan.
2.
Tulis benda yang kita
betul2 faham shaja.
Tak mungkin apabila kita bentang benda yang
kita tak faham, audien akan faham pulak jadinya. Mustahil! Biar point kita tak
banyak, asal kita faham. Jadi bila dah siap print kertas keramat tu, baca
berulang-ulang kali. Tak perlu hafal pun takpe.
3.
Jangan bawa kertas asal.
Misalnya, korang kena bentang satu artikel. Jangan
bawa artikel asal tu ke dapan. Apa yang berlaku sekiranya korang degil, korang
akan terkial-terkial mencari point yang ingin diutarakan. Maga gap-gap masa
berlaku atau kita panggil jeda tu akan membuatkan audien hilang perhatian, dan
mulalah kedengaran bunyi2 em.. aaa.. krik2 dan sebagainya.
4. Minta restu mak ayah.
Minta diorang doakan kita, insyaAllah akan ada keberkatan dan ketenangan di sebaliknya.
Jadi, itu shja 4 point penting yang ingin sya kongsikan. Selamat
mencuba.