part #1
Malam ni malam ke 7 ramadhan. Kebiasaan di masjid jamiah, Syeikh Makmun akan membaca satu juz satu hari. Dan malam ni juzuk ke 7.
Disebabkan malam-malam sebelumnya aku kurang menghayati bacaan Syeikh, jd harini aku tekad utk lebih khusyuk dan focus dlm solat. Mana taknya, ada satu malam sejurus aku pulang dr tarawih di masjid, aku terbaca satu post di fb ckp (mafhumnya)
“td syeikh makmun baca ayat sekian2 dgn nada tegas, ayat ni pula dibaca 2 kali, ada jemaah teresak-esak mengangis” and so on..
Yg membuatkan aku.....tersentap. gulp!
Kenapa aku x dgr semua tu? Knp aku x perasan pun syeikh ada tinggikan suara baca ayat sekian2.
Dan sejak tu aku bermuhasabah yg aku x khusyuk dlm solat. 4 rakaat solat isyak + 8 rakaat terawih + 3 rakaat witir, aku x tahu sejauh mana aku dah larut dlm dunia aku T_T
Dan x tahu kenapa harini aku tergerak nak baca footnote yg ada dlm quran aku. Selama ni aku baca quran sekadar nak capai target aku. Sehari sejuzuk. Tp haritu, dengan kuasaNya..dia telah gerakkan hati aku utk lebih mendalami ayat-ayatNya. Bukan sekadar terjemahan kpd stp ayat ttp hadis2 yg berkenaan dgn ayat2 tertentu. Dan aku baca dgn penuh asyik serta insaf dan kesal betapa aku tidak menghayati ayat2Nya selama ini.
هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّآ أَن تَأْتِيَهُمُ الْمَلٰٓئِكَةُ أَوْ يَأْتِىَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِىَ بَعْضُ ءَايٰتِ رَبِّكَ ۗ يَوْمَ يَأْتِى بَعْضُ ءَايٰتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفْسًا إِيمٰنُهَا لَمْ تَكُنْ ءَامَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِىٓ إِيمٰنِهَا خَيْرًا ۗ قُلِ انتَظِرُوٓا۟ إِنَّا مُنتَظِرُونَ ﴿الأنعام:١٥٨﴾
Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: “Tunggulah olehmu sesungguhnya Kamipun menunggu (pula)”
dalam quran aku ada dtgkan satu hadis berkenaan ayat ni,
Dari Abu Hurairah r.a menuturkan, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "kiamat tidak akan dtg hingga hari matahari muncul dari arah barat". Dalam lafazh yang lain, "Di saat matahari tersebut muncul dan manusia melihatnya, maka mereka akan beriman secara keseluruhan."Dan semua itu akan terjadi di saat iman tidak lagi memberikan manfaat kepada pemiliknya kerana sebelumnya mereka tidak beriman. kemudian Rasulullah membaca ayat ini.
Nampak tak, bila didatangkan hadis tntg sesuatu ayat atau tafsir, pemahaman kita akan sst ayat itu semakin mendalam. Matahari dlm hadis ni merujuk kepada "ayat" ataupun "tanda" yg terdapat dlm ayat ini yang seterusnya membuatkan kita insaf sejenak, nnt dah bila dah muncul tanda kiamat, tiada guna lagi iman2 yg melonjak tp sebelumnya tiada, amal2 yang berbukit dan bergunung namun sebelumnya sirna.
nastaghfirullah.
benarlah kata Rasulullah SAW:
Dua nikmat yang sering memperdaya manusia: Kesihatan dan kelapangan masa”. (Fathul Bari: 11/29/6412, Tuhfatul Ahwazi: 6/589/2405)
Di hari kita sibuk, pelbagai aktiviti kita rangkakan utuk dilakukan namun semua agak terbatas dek kekangan masa. Lalu kita katakan, ha.. nnt masa cutila nak buat semua tu..
Datang masa cuti, kita x nampak perkara lain yang boleh dibuat selain tidur. Lupa dah semua yg kita angankan.
Dan dtg balik waktu sibuk, kita mula menyesali masa lapang yg telah kita siakan.
Same goes masa kiamat nnt, bila dah muncul matahari dr arab barat, berbondong manusia mula nak beriman, berbondong manusia nak lakukan amal kebaikan T_T tp masa tu, semua pintu2 kebaikan telah ditutup, rapat.
Moga saat ini, kita mula bermuhasabah, istighfar dan lakukan perubahan.
Sharelah episod maktabah Ihna ukhtiii
ReplyDelete