Sunday, 26 June 2016

JUMUAAH PRAYER IN MASJIDIL AQSA (part 1)

Pagi tu kitorg start keluar dr hotel dlm jam 1030 utk lawat2 sekitar masjidil aqsa. Dlm pukul 1130 mcm tu kitrg mula bertebaran cr port masing2 utk solat jumaat. Masa tu lama jugak melilau cr tempat yg agak redup sbbnya masjid mmg dah penuh dgn para jemaah. Bawah khemah, bawah pokok semua pun penuh. Nak cr bayang2 masjid dgn bangunan2 lain sikit, semua pun seakan tak ada sbb matahari tgh tegak atas kepala.
Sebelum tu pakcik tourguide ada sebut tanah baitul maqdis ni juga merupakan tempat berkumpulnya semua makhluk masa hari mahsyar nnt dan juga tanah mansyar (berdasarkan kepada sebuah hadis). Dan seperti kita tahu, pada hari itu, tiada naungan selain naungan Allah.
Kitorg dah pusing merata tempat and end up, kitorg redho je duduk kt tempat yg panas xde bayang apa2 sejengkal pun. Bukan kitorang je, tp ramai lagi. Dan masa tu sgtla rasa, kalau bukan kau x terpilih mendapat naungan Allah, memang x delah jawabnya.
Sementara nak tunggu azan tu, ramai budak2 umur dlm sekolah menengah yg jd sukarelawan duk tolong pancutkan air atas kepala, biar para jemaah x rasa panas sgt. budak2 kecik pun tolong sama. Semua org pun duk panggil “sini2” kat budak tu. Berbotol2 habis air. Aku yg ttb kena simbah (bukan pancut ke sembur ke) air pun happy je biarpun smpi kuyup tudung. Terkejut pulak tu >< oh, tu blm sebut lagi btp dahaganya masa tu sbb puasa. Tgk budak2 minum lagi.. pheww

Bila imam baca khutbah, awal tu dia ada sebut keadaan di padang mahsyar, mcm mana panasnya hari yg kita rasa hari ni, x terbayang pulak nnt panasnya di hari mahsyar nnt ditambah pulak dgn org yg pelbagai keadaan (x igt dah keadaan2 yg imam sebut). Kemudian imam sebutkan ciri2 org yg dpt naungan Allah..
Nak sebut kat sini, best jela dgr khutbah yg directly dpt peringatan straight foward. Apa yg baru dilalui ttb eh imam sebut pulak.

Sunday, 19 June 2016

BUDAYA ARAB


Harini hari ke 10 ramadhan. Kitorg ada jemputan iftor oleh satu jam’iyah khairiyah (persatuan bantu fakir miskin dan anak2 yatim).

Unexpectedly, majlis iftor ni dibuat dlm hall kahwin yg sgt cantik. Biasanya sewa dewan mcm ni mahu 300-400jd.. phew. In ringgit approximately, RM 2000 – RM 2500 sekali majlis.

Back to the topic, menu berbuka kitorg ialah nasi kabsah.. guess what, for each table consist of 8-10 people got one talam full of kabsah rice. But my friend said the quantity of the rice is enough to serve 20 people! Haha. Yup, couldn’t agree more.

So ceritanya, stp pinggan kami diisi dgn nasi segunung, huh. Ayam dlm ¼ ekor sorg. Imagine it! Yup, this is what we called as arab’s tradition. Bg tetamu makan mmg sampai dia kembung tahap x dpt bernafas. Menariknya, bila saja kakak yg serve kitorg tu berlalu serentak kitorang ni pergi kaut nasi dlm pinggan memasing  masuk balik dlm talam. Yes! Perasaan dia mcm baru keluar terlepas dr mulut harimau. Hahha.
kakak arab tgh nak serve nasi

And then x lama kemudian, ada 3 org sisters arab join makan sama. La haula wala quwwata illa billah... nasi diorang.. hmp stgh pinggan pun x sampai. Ayam? Ayam ambik pun tidak. Ini sungguh tidak adil.. diorg makan ciput sgt.

Lepas makan, kitorg break utk solat maghrib and after performing the prayer, ada sikit persembahan dr akhawat msia. Yang lawaknya sisters msia ni nyanyi lagu malay, sedih2 pasal hamba yg banyak dosa dgn tuhan. Tp kakak2 arab ni pergi bertepuk, bersorak, sampai hancus suasana fefeeling seorang hamba nak bermunajat pada TuhanNya.  Boleh bayang tak? Sbb manala dorg faham bhs masia, tu satu. Secondly, suasana majlis tu mmg dr awalnya sgt hingar bingar. Diorang buat game dulu before iftar.

Selesai nasyeed tu, kakak2 arab ambik port pulak.. nak tahu dorang buat apa? Dorang peergi menari.. ya Salammm selama ni duk tgk arab2 lelaki je nari gitu. Kali ni mmg berbeza la. Sbb yg nari2 semua kakak2 pakai baju patuh syariah, jenis tudung lelabuh sikit, sopan2 je mukanya... mmg  x sangka! Power dorng nari, lepas makan2 perut kenyang tu ha dorang gi nari.

Dalam fatrah tu, stp org dr kitorang dpt gift. What a somell gift. You can refer the gift in the picture below. Selama ni x pernah jumpa tasbih digital dlm bekas gitu. Special sgt siap ada note bergulung dlm ribbon. Dan tasbih tu ada peningkatan which is in they came with LED.

comel enn?? ^^

Dan adat arab yg mmg diorg x kan miss sejurus slps rehat2 dr makan berat ialah, diorg akan serve kopi dan any kind of halawiyat ataupun baklava. Ni mmg tradition mereka.

Pernah dulu suatu hari, me and a few of my friends pergi ziarah sorg kawan arab. Kebetulan ptg tu masing2 ada hal. Kitorg pun mintala izin nak pulang lepas dah2 siap2 makan lunch yg dia masak. We were served with homy-cooked mansaf rice, siap request nak cili lagi. Hehe. Sbb x semua melayu suka makan nasi arab since dorg punya nasi x pedas. Ha, ceritanya, si kawan arab ni punyalaaaa sedih keberatan sgt dia nak lepaskan kitorg balik. Dia kata saya nak buatkan kamu manisan. Kita masak sesama. Alahaiii. Kalau dah siap tu x pe jugak. Tinggal nak ngap je. Tp mmndgkan manisannya blm siap kitorg terpaksa decide nak balik. Aku sempat pesan kat dia masa salam2 tu “enti qowiyah” (awak kuat) pesanan yg lahir dr hati tulus ikhlas lepas nampak mata dia bergenang. Pheww tahap tu sekali punya dia berat nak lepaskan kitorg balik. Dan mmndgkan dia x dpt menyempurnakan adat dia.. haha. Tp tang tu x pastilah whether dia nangis pasal adat ke x. *ngarut jap* hiks.

Apapun benda yang nak ditekankan di sini ialah, arab mmg tip top dlm hal layan melayan tetamu. No doubt. Mustahil korg akan balik perut berkeroncong. Atau lebih tepat lagi mereka sgt memuliakan tetamu mereka. Kadang tu kita tgk dia ni xde la nampak gaya org senangataupun  berada, tp bila serve makanan sampai kita rasa, eh dia ada makanan lagi x lepas dia hidang bebenyak kat kita ni :'(
huhu.

Rasulullah pernah bersabda:

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :
 ( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليقل خيرا أو ليصمت ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم جاره ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم ضيفه ) رواه البخاري ومسلم .


Dari Abi Hurairah, ia berkata, Rasulullah bersabda :
 Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhir,
 hendaklah ia berkata dengan baik atau diam.
Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhir,
maka muliakanlah jirannya
Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhir,
maka muliakanlah tamunya.
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim



Ramadhan di bumi Urdun




part #1

Malam ni malam ke 7 ramadhan. Kebiasaan di masjid jamiah, Syeikh Makmun akan membaca satu juz satu hari. Dan malam ni juzuk ke 7.

Disebabkan malam-malam sebelumnya aku kurang menghayati bacaan Syeikh, jd harini aku tekad utk lebih khusyuk dan focus dlm solat. Mana taknya, ada satu malam sejurus aku pulang dr tarawih di masjid, aku terbaca satu post di fb ckp (mafhumnya)
“td syeikh makmun baca ayat sekian2 dgn nada tegas, ayat ni pula dibaca 2 kali, ada jemaah teresak-esak mengangis” and so on..

Yg membuatkan aku.....tersentap. gulp!
Kenapa aku x dgr semua tu? Knp aku x perasan pun syeikh ada tinggikan suara baca ayat sekian2.
Dan sejak tu aku bermuhasabah yg aku x khusyuk dlm solat. 4  rakaat solat isyak + 8 rakaat terawih + 3 rakaat witir, aku x tahu sejauh mana aku dah larut dlm dunia aku T_T 

Dan x tahu kenapa harini aku tergerak nak baca footnote yg ada dlm quran aku. Selama ni aku baca quran sekadar nak capai target aku. Sehari sejuzuk. Tp haritu, dengan kuasaNya..dia telah gerakkan hati aku utk lebih mendalami ayat-ayatNya. Bukan sekadar terjemahan kpd stp ayat ttp hadis2 yg berkenaan dgn ayat2 tertentu. Dan aku baca dgn penuh asyik serta insaf dan kesal betapa aku tidak menghayati ayat2Nya selama ini.

Aku petik satu ayat. Ayat ke 158 Surah Al-An3am:
هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّآ أَن تَأْتِيَهُمُ الْمَلٰٓئِكَةُ أَوْ يَأْتِىَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِىَ بَعْضُ ءَايٰتِ رَبِّكَ ۗ يَوْمَ يَأْتِى بَعْضُ ءَايٰتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفْسًا إِيمٰنُهَا لَمْ تَكُنْ ءَامَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِىٓ إِيمٰنِهَا خَيْرًا ۗ قُلِ انتَظِرُوٓا۟ إِنَّا مُنتَظِرُونَ ﴿الأنعام:١٥٨﴾
Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: “Tunggulah olehmu sesungguhnya Kamipun menunggu (pula)”
dalam quran aku ada dtgkan satu hadis berkenaan ayat ni,
Dari Abu Hurairah r.a menuturkan, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "kiamat tidak akan dtg hingga hari matahari muncul dari arah barat". Dalam lafazh yang lain, "Di saat matahari tersebut muncul dan manusia melihatnya, maka mereka akan beriman secara keseluruhan."Dan semua itu akan terjadi di saat iman tidak lagi memberikan manfaat kepada pemiliknya kerana sebelumnya mereka tidak beriman. kemudian Rasulullah membaca ayat ini.
Nampak tak, bila didatangkan hadis tntg sesuatu ayat atau tafsir, pemahaman kita akan sst ayat itu semakin mendalam. Matahari dlm hadis ni merujuk kepada "ayat" ataupun "tanda" yg terdapat dlm ayat ini yang seterusnya membuatkan kita insaf sejenak, nnt dah bila dah muncul tanda kiamat, tiada guna lagi iman2 yg melonjak tp sebelumnya tiada, amal2 yang berbukit dan bergunung namun sebelumnya sirna.
nastaghfirullah.
benarlah kata Rasulullah SAW:
Dua nikmat yang sering memperdaya manusia: Kesihatan dan kelapangan masa”. (Fathul Bari: 11/29/6412, Tuhfatul Ahwazi: 6/589/2405)
Di hari kita sibuk, pelbagai aktiviti kita rangkakan utuk dilakukan namun semua agak terbatas dek kekangan masa. Lalu kita katakan, ha.. nnt masa cutila nak buat semua tu..
Datang masa cuti, kita x nampak perkara lain yang boleh dibuat selain tidur. Lupa dah semua yg kita angankan.
Dan dtg balik waktu sibuk, kita mula menyesali masa lapang yg telah kita siakan.
Same goes masa kiamat nnt, bila dah muncul matahari dr arab barat, berbondong manusia mula nak beriman, berbondong manusia nak lakukan amal kebaikan T_T tp masa tu, semua pintu2 kebaikan telah ditutup, rapat.
Moga saat ini, kita mula bermuhasabah, istighfar dan lakukan perubahan.

Moga kita semua dithabatkan olehNya dlm ketaatan kepadaNya. jika x mampu berseorang, carilah kawan yg boleh menguatkan kita :'). Allah ma3akum