Sunday, 18 October 2020

Doa agar diri sentiasa membawa keberkatan walau di mana sahaja kita berada

 

Usrah 18/10/2020 (oleh: Ustazah Sofiyyah)

1.      Apa kepentingan kita join usrah?

-        Kita tahu kedudukan diri kita yang memerlukan peringatan yang berjadual, mendisiplinkan diri untuk membaca hadith, tafisr dan sebagainya. Kita perasan melalui usrah, kita ada improvement.

-        Dalam seminggu ada 168 jam, kita hanya perlukan sejam setengah shj dalam masa seminggu utk spend masa utk usrah. Sedangkan dlm masa sejam setengah, begitu mudah untuk kita lakukan perkara yang lalai.

-        Usrah membentuk karakter kita di samping kita membuat bacaan dan damping orang-orang soleh.

2.  Hadith- melakukan sesuatu dengan sebelah kanan تيمُّن     

Apa hikmah melazimkan diri melakukan stp perkara dgn sebelah kanan, mengikut sunnah Rasulullah?

- seperti gosok gigi, pakai baju, pakai kasut, sikat rambut, memotong kuku, bercelak

Bila kita cakna dalam perkara-perkara kecil, apatah lagi bila melakukan perkara yang besar?

Sunnah memulakan dengan sebelah kiri dalam hal yang sebaliknya:

            -Buka kasut, buka seluar, keluar masjid dsb

 Tafsir

Surah al-Qalam ayat 8-16 (tentang akhlak orang yang menolak wahyu Allah)

8: jangan ikut akhlak mereka yang menolak wahyu Allah

9: دهن minyak- perbuatan untuk melembutkan hati seseorang dalam erti kata lain berkompromi. Musyrikin Mekah bersikap lunak dengan Rasulullah, mereka bersikap lembut tapi sebenarnya mereka bencikan nabi. Diorg berlembut hanya untuk berkompromi.

11: هماز suka mencela, مشاء berjalan-jalan suka membawa mulut (menyebar fitnah). Apa yang perlu kita lakukan kalau kita dikelilingi oleh orang yang suka membawa mulut/mengumpat?

1.      Doa kepada Allah untuk berikan ilham kepada kita

Apa yg nabi Isa katakan semasa Maryam bawa dia ke perkampungannya..

وجعلني مباركا أينما كنت

Kita minta kepada Allah agar menjadikan kita orang yang membawa keberkatan di mana saja kita berada.

اللهم اجعلني مباركا أينما كنتُ

Doa-doa dalam Al-Quran dah cukup sangat untuk kita amalkan.

Kenapa kita perlu minta ilham dari Allah? Contohnya macam mana nak jawab soalan yang bersesuaian dengan orang yang bertanya? maka kita perlukan ilham dari Allah.

As-syura:51

 وما كان لبشر أن يكلمه الله إلا وحيا يوحى.

Bentuk wahyu ada 3:

1.      Mimpi (dalam tidur) atau ilham (ketika sedar, direct drp Allah)

2.      Di sebalik hijab (hanya kepada nabi musa/Muhammad)

3.      Utusan malaikat Jibril (dalam bentuk menyerupai manusia) bukanlah para anbiya shj pernah jumpa, Sarah dan Maryam pun pernah jumpa.

Bila hati kita ikhlas, orang puji atau keji tak beri kesan kepada kita. Jika kita ikhlas, kita tak pernah harapkan pujian manusia. Kita akan anggap pujian dan kejian adalah sama. Kita buat bukan nak suruh org puji, kalau kita buat kemudian dikeji, kita takkan kisah.

4.      Doa kepada Allah agar beri mereka hidayah dan petunjuk

5.      Dampingi orang-orang soleh

6.      Create topic cerita yang jarang dengar, dorang jd nak dengar, yang ada pengajaran. Contohnya: semalam saya terbaca kisah Fatimah binti Asad..

Fatimah binti Asad, mak Saidina Ali RA. Kasih sayang Fatimah bt Asad melebihi kasih sayangnya kepada anak-anaknya.

Ketika beliau meninggal, Rasulullah sangat menghargai pegorbanannya, Rasulullah turun ke liang lahadnya untuk meletakkan jasadnya.

Siapa yang bina terusan air ke Mina? Siti zubaidah, perempuan, dia menyediakan air kepada hujjaj. Ramai wanita yang hebat-hebat yang perlu kita kenali.

Ibu sultan Muhammad al-Fateh dll. Di sebalik tokoh yang hebat mesti ada perempuan yang hebat.

Topik berbangkit:

Kalau berdepan dengan orang yang kurang common sense, kita minta petunjuk Allah. Allah yang pegang hati manusia. Kadang kita tak nampak usaha kita berhasil depan mata, mungkin ambil masa. Allah nak tgk usaha kita. Berubah atau tidak, bukan di tangan kita.

HW:

Apa peristiwa yang trigger Khalid al Walid untuk masuk Islam

Fatimah binti asad

Tuesday, 8 September 2020

CARA SEARCHING DI GOOGLE

 1. Tanda Minus (-) : untuk kecualikan carian

eg: artikel -wordpress

2. Tanda Kutip (" "): untuk carian kalimat yang sama tanpa merubah susunan perkataan.

eg: "eksekutif computer"

3. Tanda Tilde (¬) ombak: untuk mencari perkataan sinonim

eg: ¬solusi

4. Rentang waktu (..): pencarian dalam rentang waktu tertentu

eg: 2019..2020

5. Filetype: untuk mencari tipe file yang sesuai dengan perktaan yang dicari (contoh: word, pdf, excel)

eg: Filetype: pdf suasana pembelajaran 

Sunday, 28 June 2020

Bacaan س atau ص menurut riwayat Hafs an Asim




Jadi, untuk senang ingat, kita hanya perlu melihat kepada huruf yg berada di atas, jika sod berada di atas, maka dibaca dengan sod, jika sin berada di atas, maka dibaca dgn sin.

Friday, 17 April 2020


Al Mujadalah:
11- jika diminta untuk melapangkan majlis, maka lapangkanlah. Orang munafik takkan bagi keluasan kerana mereka lagi nak menyusahkan orang muslim. Kita pelu berbuat ithar, perlu ada common sense.
12- pada zaman sahabat, jika nak jumpa nabi mereka perlu berikan sedekah. Ini supaya org yang betul-betul nak jumpa nabi je yang akan bersedekah. Jadi, orang munafik takkan lagi datang nak jumpa nabi (tak serius), sebab mereka akan keberatan untuk bersedekah.
13. allah menasakhkan ayat sebelumnya kerana orang mukmi ada yang tak mampu nak bersedekah, tetapi mereka benar-benar nak jumpa nabi. Mereka perlu menunaikan solat dan keluarkan zakat.


الصلاة نور والصدقة برهان
Solat itu cahaya. Sedekah itu petanda. Petanda keimanan sebenar. Orang yang benar-benar beriman takkan kedekut manakala orang munafik takut bersedekah. Sedekah mengeluarkan diri seseorang daripada sifat munafik.

Penting untuk kita tahu sifat-sifat orang munafik supaya dapat check balik diri kita. Adakah kita tergolong dlm golongan orang munafik.
Abu bakar sentiasa check diri dia dgn sifat-sifat munafik

Ada kisah nabi ditunjukkan 2 buah syurga, Nabi bertanya milik siapakah syurga ini?
Syurga pertama, milik Saidina Umar. Syurga kedua yang lebih superb pun milik Umar.. apakah rahsia beliau?

MENGUAP:
Menguap adalah dari syaitan. Jika kita menguap, seboleh-bolehnya kita tahan tanpa mengeluarkan bunyi 'haaaaaaaaaa'. Apabila keluarnya bunyi itu, syaitan akan ketawa.


Petikan daripada buku 7 Tipudaya Syaitan oleh Hafiz Firdaus Abdullah, cetakan 2007.

Wednesday, 18 March 2020

Diy Trip to Thailand.


Semalam sampai kat border bukit kayu hitam pukul 5 ptg. Sebelum tu, beli insuran kereta dulu kt tepi2 jalan ada byk. Kitorg beli insuran kt kompleks qiyyam tepi balai bomba.

Dokumen yg diperlukan:
1. Pasport
2. Geran kereta.
Masa tu kena isi jugak arrival card. Kalau x nak isi sendiri, boleh minta org kedai tu isikan. Rm2 setiap card dia isikan. Sepatutunya kena dptkan borang passenger list. Kita isikan detail semua passenger. (nama, umur, no passport, passport isssued kt mana). Tp masa tu kitorg x dpt borang tu dan x tahu pun ada. Jadi masa kt immigration tu, ayah(driver) kena turun dari kereta dan ikut pegawai ambik borang. Passenger masa kt immigration semua kena turun dari kereta dan masuk office utk cop passport.


Pastu keluar je dr immigration tu ada byk org jual sim. Kitorg beli dulu sim utk internet. Murah je rm15 utk 40GB data internet. Pastu barulah ke hotel kitorg. Kitorg menginap di Msoho hotel. Best hotel ni. Besar dan bersih
 Harga pun murah. Tak sampai rm 90 semalam, book kat agoda.

Malam tu dlm nak dekat pukul 7 kitorg keluar utk dinner. Asalnya nak pergi bang seng daging bakar. Tapi masa sampai sana ada kedai nurlaila tomyam jugak. Sederet tu pun ada restoran kak jah. Semua halal. Yg kedai bang seng tu siap ada logo halal kt papan tanda dia. Tp kitorg makan kat Nurlaila tomyam. Rasa ok lah biasa je tp lama gila tunggu. Daging bakar dia mmg sedap.

Habis dinner kitorang jalan2, terjumpa ada park byk lampu warna warni. Cantik. Masuk free je. Kitorang ambik2 gamba kt situ. Pastu sebelum balik hotel, tgk street food apa yg ada. Malam pun masih byk lagi street food yg buka. Kebanyakannya org islam. Kalau macam pulut ayam tu ada siap tulis halal. Korang cari je org yg pakai tudung tutup aurat insyaAllah org Islam.

Dakwah nabi nuh


Nabi nuh berdakwah 950 tahun. Bukan masa yg singkat. Nabi merintih kepada Allah bahawa kaumnya tak bertambah bahkan lebih menjauhkan diri (berlari meninggalkan nabi). Buat yg x sempat lari, diorg siap ambik jari tutup telinga, ambik baju tarik ke atas tutup mata. Begitu sekali.

Dalam konteks pendidikan, kita patut bersyukur. Teruk sgt kalau kita kata, kita mengajar, mengajar, mengajar tp budak makin bodoh. Tak. Saya yakin xde sampai begitu. Budak pasti akan dpt juga walau sikit atau x dpt apa plg teruk. Takde yg jd makin bodoh.

Tp dlm dakwah nabi nuh, kaumnya tidak makin bertambah bahkan makin berkurang. Oh...pedihnya hati kalau yg byg student makin bodoh. Nauzubilllahi min zalik.

Qiamullail

Qiyamullail bukanlah semestinya solat.

Qiyamullail terdiri drp 3:
1. Solat
2. Baca quran
3. Zikir

Kalau x boleh buat semua jgb tinggal semua
Do the best you can.

أفضل الأشياء.. دائم وإن قل
إن الدين يسر
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

-Ust Dr Adam Yusof, IIUM