Tuesday, 8 September 2020

CARA SEARCHING DI GOOGLE

 1. Tanda Minus (-) : untuk kecualikan carian

eg: artikel -wordpress

2. Tanda Kutip (" "): untuk carian kalimat yang sama tanpa merubah susunan perkataan.

eg: "eksekutif computer"

3. Tanda Tilde (¬) ombak: untuk mencari perkataan sinonim

eg: ¬solusi

4. Rentang waktu (..): pencarian dalam rentang waktu tertentu

eg: 2019..2020

5. Filetype: untuk mencari tipe file yang sesuai dengan perktaan yang dicari (contoh: word, pdf, excel)

eg: Filetype: pdf suasana pembelajaran 

Sunday, 28 June 2020

Bacaan س atau ص menurut riwayat Hafs an Asim




Jadi, untuk senang ingat, kita hanya perlu melihat kepada huruf yg berada di atas, jika sod berada di atas, maka dibaca dengan sod, jika sin berada di atas, maka dibaca dgn sin.

Friday, 17 April 2020


Al Mujadalah:
11- jika diminta untuk melapangkan majlis, maka lapangkanlah. Orang munafik takkan bagi keluasan kerana mereka lagi nak menyusahkan orang muslim. Kita pelu berbuat ithar, perlu ada common sense.
12- pada zaman sahabat, jika nak jumpa nabi mereka perlu berikan sedekah. Ini supaya org yang betul-betul nak jumpa nabi je yang akan bersedekah. Jadi, orang munafik takkan lagi datang nak jumpa nabi (tak serius), sebab mereka akan keberatan untuk bersedekah.
13. allah menasakhkan ayat sebelumnya kerana orang mukmi ada yang tak mampu nak bersedekah, tetapi mereka benar-benar nak jumpa nabi. Mereka perlu menunaikan solat dan keluarkan zakat.


الصلاة نور والصدقة برهان
Solat itu cahaya. Sedekah itu petanda. Petanda keimanan sebenar. Orang yang benar-benar beriman takkan kedekut manakala orang munafik takut bersedekah. Sedekah mengeluarkan diri seseorang daripada sifat munafik.

Penting untuk kita tahu sifat-sifat orang munafik supaya dapat check balik diri kita. Adakah kita tergolong dlm golongan orang munafik.
Abu bakar sentiasa check diri dia dgn sifat-sifat munafik

Ada kisah nabi ditunjukkan 2 buah syurga, Nabi bertanya milik siapakah syurga ini?
Syurga pertama, milik Saidina Umar. Syurga kedua yang lebih superb pun milik Umar.. apakah rahsia beliau?

MENGUAP:
Menguap adalah dari syaitan. Jika kita menguap, seboleh-bolehnya kita tahan tanpa mengeluarkan bunyi 'haaaaaaaaaa'. Apabila keluarnya bunyi itu, syaitan akan ketawa.


Petikan daripada buku 7 Tipudaya Syaitan oleh Hafiz Firdaus Abdullah, cetakan 2007.

Wednesday, 18 March 2020

Diy Trip to Thailand.


Semalam sampai kat border bukit kayu hitam pukul 5 ptg. Sebelum tu, beli insuran kereta dulu kt tepi2 jalan ada byk. Kitorg beli insuran kt kompleks qiyyam tepi balai bomba.

Dokumen yg diperlukan:
1. Pasport
2. Geran kereta.
Masa tu kena isi jugak arrival card. Kalau x nak isi sendiri, boleh minta org kedai tu isikan. Rm2 setiap card dia isikan. Sepatutunya kena dptkan borang passenger list. Kita isikan detail semua passenger. (nama, umur, no passport, passport isssued kt mana). Tp masa tu kitorg x dpt borang tu dan x tahu pun ada. Jadi masa kt immigration tu, ayah(driver) kena turun dari kereta dan ikut pegawai ambik borang. Passenger masa kt immigration semua kena turun dari kereta dan masuk office utk cop passport.


Pastu keluar je dr immigration tu ada byk org jual sim. Kitorg beli dulu sim utk internet. Murah je rm15 utk 40GB data internet. Pastu barulah ke hotel kitorg. Kitorg menginap di Msoho hotel. Best hotel ni. Besar dan bersih
 Harga pun murah. Tak sampai rm 90 semalam, book kat agoda.

Malam tu dlm nak dekat pukul 7 kitorg keluar utk dinner. Asalnya nak pergi bang seng daging bakar. Tapi masa sampai sana ada kedai nurlaila tomyam jugak. Sederet tu pun ada restoran kak jah. Semua halal. Yg kedai bang seng tu siap ada logo halal kt papan tanda dia. Tp kitorg makan kat Nurlaila tomyam. Rasa ok lah biasa je tp lama gila tunggu. Daging bakar dia mmg sedap.

Habis dinner kitorang jalan2, terjumpa ada park byk lampu warna warni. Cantik. Masuk free je. Kitorang ambik2 gamba kt situ. Pastu sebelum balik hotel, tgk street food apa yg ada. Malam pun masih byk lagi street food yg buka. Kebanyakannya org islam. Kalau macam pulut ayam tu ada siap tulis halal. Korang cari je org yg pakai tudung tutup aurat insyaAllah org Islam.

Dakwah nabi nuh


Nabi nuh berdakwah 950 tahun. Bukan masa yg singkat. Nabi merintih kepada Allah bahawa kaumnya tak bertambah bahkan lebih menjauhkan diri (berlari meninggalkan nabi). Buat yg x sempat lari, diorg siap ambik jari tutup telinga, ambik baju tarik ke atas tutup mata. Begitu sekali.

Dalam konteks pendidikan, kita patut bersyukur. Teruk sgt kalau kita kata, kita mengajar, mengajar, mengajar tp budak makin bodoh. Tak. Saya yakin xde sampai begitu. Budak pasti akan dpt juga walau sikit atau x dpt apa plg teruk. Takde yg jd makin bodoh.

Tp dlm dakwah nabi nuh, kaumnya tidak makin bertambah bahkan makin berkurang. Oh...pedihnya hati kalau yg byg student makin bodoh. Nauzubilllahi min zalik.

Qiamullail

Qiyamullail bukanlah semestinya solat.

Qiyamullail terdiri drp 3:
1. Solat
2. Baca quran
3. Zikir

Kalau x boleh buat semua jgb tinggal semua
Do the best you can.

أفضل الأشياء.. دائم وإن قل
إن الدين يسر
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

-Ust Dr Adam Yusof, IIUM

Berangan itu percuma

Dulu ada kawan aku pernah ckp kat aku, "siti, nanti saya nak pakai la kereta mcm ni." sambil jari menuding ke arah kereta city dan seangkatan dgnnya.

Masa tu aku angguk dan tersenyum ke arahnya. Namun di dalam hati aku tersenyum sinis sambil bermonolog, "heh, berangan apa kau dgn gaji kita seciput mcm ni nak pakai kereta macam tu".

Fast forward setahun kemudian, kawan aku dtg ziarah ke tempat kerja. Dia dah berhenti 4 bulan yang lalu kerana mendapat tawaran bekerja sebagai guru interim. Kami decide nak keluar makan. Masing2 offer nak bawa kereta masing2 termasuklah dia. Tanpa ku menduga(sambil nyanyi lagu syamil) dia tunjukkan kereta baru dia, CITY. Aku dan kawan2 yg lain semua impressed apatah lagi aku. Aku pun tanya la mcm mana boleh tukar kereta dan byran bulanan semua tu. Mmg agak mahal utk org yg baru bekerja setahun jagung. Yg penting dia mampu.

Kesimpulannya, jgnlah kita memandang rendah cita2 orang lain. Dan utk diri sendiri, jgn takut utk bercita2.