Wednesday, 14 August 2019

Permainan pengukuhan iqra buat kanak-kanak.

  1. Sediakan sehelai kertas A4.
  2. Tuliskan beberapa huruf yang mengelirukan kanak- kanak di dalam dua baris.
  3. Sebutkan 2 kosa kata.
  4. Arahkan kanak-kanak untuk padankan dua huruf berdasarkan kosa kata yang didengari.
  5. Tambahkan kosa kata untuk cabaran yang lebih susah.
  6. Gunakan batang pensil warna yang berbeza untuk setiap soalan supaya kelihatan menarik.

Wednesday, 24 July 2019

Pengalaman interview di UiTM Shah Alam sebagai pensyarah Bahasa arab.

Please take note, INI BUKAN IV UTK PTFT. Ini ialah pengalaman iv utk jawatan tetap. 

Interview ini ada 3 bentuk di mana kesemua calon dikehendaki mengambil ketiga-tiga test ini iaitu:

Writing, interview (iv) dan mock teaching.

Writing: Arahannya berebentuk: Tuliskan method teaching and learning terbaik untuk foreign language. Dalam hari yang sama masa iv haritu, ada juga candidates yang datang iv untuk bahasa-bahasa asing yang lain seperti Bahasa Korea, Mandarin dan tak ingat Bahasa apa lagi satu. Semua calon diminta buat karangan tajuk ini dan tulis dalam bahasa yang dipohon masing-masing. Masa yang diberikan ialah sejam.

Interview:
Iv haritu secara grouping seramai 4 orang. Semua soalan adalah soalan terbuka, siapa nak jawab dulu, jawab. Tapi masing- masing haritu tunggu orang lain jawab sampailah panel yang point utk siapa jawab dulu.. sebenarnya nak selamat bagi orang lain jawab dulu, kita tgk mcm mana jawapan dorang tapi ada masa kita yang diminta jawab dulu, maka bersiap sedia jelah.
1.      Perkenalkan diri. Part ni memang berkali-kali saya pergi iv lupa nak elaborate dengan panjang lebar. Dalam part ni apa yang boleh kita share ialah:
a.      Nama
b.      Umur dan status perkahwinan
c.      Asal mana
d.      Background studies (sebut bidang dan di mana, grad bila, kalau ada tesis bagitau tajuk)
e.      Sekarang kerja mana (brp tahun, kerja sbgi apa)

2.      Kenapa pilih uitm?
Soalan ini wajib cakap kelebihan uitm. Kenapa nak sgt kerja kat uitm? Nak bantu anak melayu, uitm menyediakan geran research ke.. ada biah yang bagus ke.. ada matlamat yang jelas untuk membangunkan akademi..sebutkan la apa dia mission and vission dia.

Jangan ckp nak higher salary, dekat dengan family.

3.      Kalau dihantar ke cawangan2 lain seperti Sabah dan Sarawak sanggup ke?
Yang ni mestilah secara peribadinya tak sanggup. Tapi apa yang saya jawab ialah;
‘Secara jujurnya, saya lebih prefer nak kerja di dalam Selangor. Namun sekiranya saya diberi peluang mengajar di Sabah dan Sarawak, saya akan ambil peluang ini kerana ini ialah peluang yang sangat baik untuk menimba pengalaman dan career saya’.

Jawab je lah macam tu dulu, nanti kalau dapat betul-betul baru fikir balik. Ahhaha

4.      Apa yang kamu boleh sumbangkan untuk pembinaan kursus degree Bahasa Arab di sini?
Tapi mula-mula tu diorang tanya tahu tak ada kursus Bahasa Arab degree kat sini..masing-masing jawab tahu tapi bila suruh bagitahu apa namanya, semua tak dapat jawab dengan tepat hahhaa. Pastikan korang tahu la serba sedikit department yang korang apply tu.

Berbalik kepada soalan, saya bagitahu saya akan buat kerjasama dgn uni2 lain, syarikat swasta untuk bagi pendedahan tentang kerjaya agar para pelajar nampak hala tuju kerjaya masing-masing. Buat ziarah ke uni2 yang lebih bagus.

5.      Pernah hasilkan buku atau artikel tak?
Jawablah sejujurnya.

Soalan 1-5 jawab dalm Bahasa arab

6.      What makes you differ from others?
Part ni paling penting sekali. Soalan inilah yang menjadi penentu adakah kita akan diambil kerja ataupun tidak. Apakan daya, haritu soalan ni ditanya dalam Bahasa Inggeris dan perlu dijawab dlm Bahasa inggeris juga. Masa tu terus terfikir jawapan yang ada kaitan dengan Bahasa inggeris. My answer was, I am able to teach in 2 or 3 languages .. if my students cannot understand in Arabic I can explain to them in English or Malay. Dan itu sahaja yang saya bagitahu.

Padahal untuk jawab soalan ini kita boleh bagitahu apa-apa sahaja kekuatan yang kita ada. Contohnya I was a straight A’s student. I am ready to be given any task and responsibilities. I have strong background in bla2 and I have achieved…. I was an activist. I actively giving lectures to schools and apa2 je lah. I was invited to be a speaker in radio.. I wrote a book.. I published 5 articles.

Jadi nak selamat, tuliskan siap-siap apakah kekuatan yang korang miliki.

Mock teaching.
Mock teaching ni prepare la siap-siap bahan nak ajar. Buat slide, print untuk 3 orang panel dan bawak juga pendrive. Diorang sediakan komputer. Kalau nak menulis, prepare marker pen dengan pembaris ke untuk acah-acah.

So terangkan je mcm biasa. Buat la supaya menarik cara mengajar tu. Kuatkan suara, jangan gelabah, anggap je ahli panel tu sebagai student. Buat eye contact dan buat two-way communication. (Eye contact ni penting sbb saya dimaklumkan ada sorang calon tak dpt offer kerja kerana dia tak buat eye-contact). Tajuk tu biar mudah-mudah dan kita pakar, sebab panel akan tanya soalan berkaitan tajuk kita. Tapi ada jugak soalan-soalan luar tajuk so get prepared je lah.

Haritu saya ditanya, mcm mana nak mengajar Bahasa Arab kepada orang Sabah Sarawak yang bukan beragama Islam?

Jawapan saya, Bahasa Arab ni sama sahaja macam bahasa-bahasa lain. Ajar sahaja macam biasa. Tak perlulah guna Alquran dan hadis untuk bagi contoh.

Macam mana kalau mereka tak kenal huruf pun?
Ajar sahaja mereka kenali huruf slow-slow sehingga la mereka dapat membaca. Pastu banyakkan beri mufradat sepertimana kita ajar budak-budak kecil.

So ini sahajalah yang dapat saya kongsikan.

Pesanan: Pastikan datang awal sejam before untuk dapatkan giliran awal. Boleh la balik awal.

Baca pengalaman iv peringkat kedua: http://nusairah.blogspot.com/2019/08/2nd-interview-in-uitm.html


Wednesday, 1 May 2019

هوية الباحث الالكترونية



إذا كنت طالب ماجستير، دكتوراه، باحث أو أستاذ جامعي ،،، من الأفضل أن يكون لديك حساب على المواقع الآتية للتعريف بهويتك الالكترونية ونشاطاتك العلمية ومتابعة احدث البحوث والاكتشافات والمجلات العلمية ،،،

1- ORCID
https://orcid.org/

2- Researche Gate
https://www.researchgate.net/

3- Google Scholar
https://scholar.google.com/

4- Mendeley
https://www.mendeley.com/newsfeed

5- Scopus
https://www.scopus.com/

6- Academia
https://www.academia.edu/

7- Researcherid
http://www.researcherid.com/

8- Arid اريد
https://portal.arid.my/ar-LY/Account/Login

9- Slide Share
https://www.slideshare.net

Saturday, 23 February 2019

Kisah sebenar di sebalik Perang Jamal


Setiap kali mendengar atau membaca kisah Perang Jamal, selalu saya tertanya mengapa perang ini boleh berlaku. Seakan tak mampu untuk menghadam pendengaran dan pembacaan akan watak yang terlibat dalam perang ini, iaitu perang yang melibatkan Saidatina Aisyah, Thalhah dan Zubair menentang Saidina Ali.

Namun Alhamdulillah, kekeliruan dan kekusutan saya terlerai setelah membaca buku Dr Maza ini.  Perang Jamal yang berlaku bukanlah atas kehendak kedua-dua belah pihak. Perang ini terjadi disebabkan oleh tindakan pihak pemberontak yang telah membunuh Saidina Uthman.
Pihak Saidatina Aisyah, Thalhah dan Zubair menuntut Saidina Ali agar mencari dan menyegerakan hukuman bunuh (qisas) ke atas pembunuh Saidina Uthman. Namun Saidina Ali telah menyatakan bahawa hukuman ini tidak dapat dilakukan segera kerana diselubungi kekeliruan dalam menentukan saksi dan menunggu masa yang sesuai. Pihak saiditina Aisyah menerima keputusan Saidina Ali dan kedua-dua pihak telah pun mencapai perdamaian.

Namun, pihak pemberontak mula tidak senang duduk. Mereka mengetahui bahawa diri mereka akan dibunuh melalui perdamaian ini. Akhirnya mereka merancang untuk mencetuskan peperangan. Sebahagian daripada mereka telah menyerang pihak Saidatina Aisyah. Sebahagian yang lain pulah telah menyerang pihak Saidina Ali dalam keadaan serentak. Situasi ini telah menyebabkan salah faham berlaku. Pihak Saidatina Aisyah menganggap bahawa pihak Ali telah melanggar perjanjian damai lalu menyerang mereka. Di pihak Saidina Ali pula menganggap pihak Saiditina Aisyah telah melanggar perjanjian damai lalu menyerang mereka.

Peperangan ini sangat mendukacitakan kerana telah menyebabkan begitu banyak kematian termasuklah terbunuhnya sahabat nabi, Zubair dan Thalhah. Saidina Ali juga menangis kepada anaknya bahawa dia sangat berharap agar dirinya telah mati 20 tahun dahulu supaya tidak berlakunya Perang Jamal ini. Sementara Saidatina Aisyah ada menyebut bahawa beliau berharap beliau mati sebelum Perang Jamal.

Titik tolak yang akhirnya membawa kepada berlakunya perang ini bermula saat tersebarnya fitnah di zaman pemerintahan khalifah Saidina Uthman. Fitnah telah dilakukan oleh Abdullah bin Saba’, seorang yahudi yang pergi ke merata negeri demi menyebarkan fitnah yang buruk ke atas Saidina Uthman. Saidina Uthman telah merungkai segala fitnah yg telah ditaburkan namun mereka tetap menuntut agar Saidina Uthman melucutkan jawatan khalifah.

Namun, tugas khalifah ini bukanlah pilihan Saidina Uthman sendiri melainkan ianya merupakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Rasulullah. Setelah desakan demi desakan berlaku, pihak pemberontak telah memilih waktu ketika ramainya umat Islam Madinah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bilangan umat Islam yang sedikit ketika di Madinah ini diambil kesempatan oleh pihak pemberontak untuk mengepung dan membunuh Saidina Uthman dalam keadaan yang sangat zalim. Saidina Uthman pula pada ketika itu menghalang pendokong-pendokongnya untuk mempertahankan dirinya kerana khuatir peperangan antara umat Islam akan berlaku.

Saya sangat menghargai buku karangan Dr Maza ini. Kisah- kisah yang dirungkaikan didasari oleh kajian ilmiah yang sangat mendalam. Bukan mudah untuk meneliti sejarah apatah lagi untuk membersihkan nama para sahabat. Banyak lagi kisah-kisah fitnah lain yang diceritakan dalam buku ini, dan telah didatangkan hujah bagi menolak fitnah-fitnah tersebut.

Tuesday, 30 October 2018

teaching style, standing or seated is better?

I never thought a teacher standing in front of class, walking and moving around class plays a greater effect in teaching compared to a seated teacher. After attending a workshop about teaching and learning, I implied what the speaker told us regarding this matter.

I tried standing longer than before. I could feel the difference. Truly, it took more energy, but within me myself, I felt more enthusiast. I can see my students clearer. I can see whether they were busy with their phones or looking blurry towards me.

During exercise session, I wandered around the class, which I never had done it before. Surprisingly, some of my students raised up their hands asking me to come to them and check on their answers. They also asked me about uncertain things they were facing.

Clearly, this style of teaching can help students better in understanding. They will also feel closer to their teacher and happy for the attention given. 

Etiqueette




after quote must start with capital letter, although it is in the middle of sentence.
Saying will always be in the present although it was already said, like the prophet's saying.. we say, prophet says ..not said.

books to read

banyakkan baca buku2 tentang cara mengajar. Baca buku-buku hasil dari pengalaman guru-guru senior.

Antaranya:
Bukan salah cikgu (mdm Azmira)

buku-buku lain:
1. The Power of Now