Tuesday, 7 November 2017

kisah proposal defense

Proposal 3 nov (jumaat, 4 ptg), 3 minggu setelah mendapatkan tarikh.
Telah dihadiri oleh:
1.      Dr Yasir ismail- sv
2.      Assc Dr Hanafi- 1st examiner
3.      Assc Dr Solehah- 2nd examiner
4.      Prof Nasruddin – munassiq dirosat ulya

Tidak hadir: sv kedua, Dr Fauzi Ahmad.
At first, kita kena bentang proposal kita. Just make it simple and very short, sebab doc2 x brp bagi tumpuan pun. Untuk kes saya, diorg dah dapat kertas proposal saya 3 minggu before. Para mumtahin telah pun membuat semakan dan komentar pada kertas tersebut dgn begitu detailed.

Pada hari kejadian, saya sempat untuk bertemu dgn mumtahin sebelum munaqashah. Saya telah buat temujanji dgn ustazah solehah utk bertemu beliau di biliknya pada jam 230. Beliau memberikan komen supaya saya buat kajian tentang RS sepenuhnya bukan tertumpu pada jilid pertama sahaja. Beliau juga turut menyarankan untuk mengkaji kesemua feel mutaadi bukan sekadar feel mutaadi satu atau dua shj. Beliau mahukan para pelajar utk think big. Buat kasi habis, sebab lepas dpt sijil nanti, bila lagi akan buka RS dan sambung kajian itu? Siapa nak lengkapkan? Kalau orang tanya, kita dengan bangga bagitahu bahawa kajian kita tentang RS, bukan ckp dlm hati separauh RS sahaja.

Dan kebetulan giliran munaqashah sebelum saya habis lambat, jadi saya ada masa untuk bertemu dgn dr Hanafi. Banyak yang doctor betulkan dan senang kata, bagi beliau proposal saya belum siap. Dia siap tanya, enti boleh tangguh tak munaqashah ni? Dan soalan pertama yg dilontarkan pada saya, berapa kali sv enti baca proposal enti ni?

Ada bagusnya untuk kita berjumpa dgn mumtahin dulu sblm munaqashah. Antara kelebihannya:
1.      Kita dapat tahu komen yang sebenar tntg sv kita drp mumtahin. Apa yg sv kita patut buat/inform kita dsbg.
2.      Kurang kegelisahan, nervous masa munaqashah. Semasa sesi komentar, kita dah tahu apa yang mumtahin tak setuju.

Antara komen drp Dr Hanafi:
1.      Muqaddimah:
Tak cukup panjang. Standard muqaddimah ialah semuka stgh ataupun 2. Dan masih kurang jelas tentang hala tuju kajian. Sepatutnya dinyatakan tentang kajian kita dgn terang, sebolehnya ceritakan tentang semua input2 proposal dkt muqaddimah in short.
2.      Mushkilah bahas:
Tak cukup terang, mesti ada masalah yg padu untuk dikaji.
3.      Asílah bahas dan ahdaf:
Asílah saya dan bahas selari, maksudnya setiap soalan pada asílah tu saya dpt jawab dgn baik di section ahdaf, tapi tak tally dgn haikal bahas. Ada chapter di haikal bahas yg saya tak nyatakan soalannya di asílah bahas.
4.      Ahammiyah:
Tiada komen.
5.      Hudud bahas:
Tak nayatakan hudud dari segi bilangan hadis.
6.      Manhaj:
Dari segi tahlil af3al, kata mana nak categorise dari segi binyah?
7.      Dirosat sabiqah:
Kajian dan buku-buku tentang kajian ini sgt banyak. Perlu tambah lagi dan juga tidak datangkan tesis berkaitan RS! Ura-ura yang mengatakan cukup sekadar 7 dirosat sabiqah, itu tidak benar!!
8.      Haikal:
Ada yg ada tajuk furu3 ada yang tak ada. Tak seragam. Pastu ada nama penulis yang salah eja. Patutnya kesalahan sebegini tidak berlaku di peringkat master. Masih boleh nego jika di marhalah degree.
9.      Marajik:
Sangat sikit. Perlu tambah lagi sehingga 2 ms.

Kesimpulannya, sv sangat memainkan peranan. In a way, saya suka sv saya jenis yang segera. Dia check saya punya proposal sekali shj. Dan saya langsung tak sangkakan yg keesokan harinya beliau minta saya jumpa prof untuk minta tarikh.

Kawan saya yang berkali-kali betulkan proposal dia, sgt mudah baginya selepas itu. Beliau tidak lagi perlu lakukan bnyak correction dan kehidupannya selepas itu lebih smooth.

Apapun, semuanya ini adalah pengalaman yang berharga kerana kita akhirnya belajar dari kesilapan kita. Dan oleh kerana, ini adalah pengalaman pertama, maka saya anggap semuanya baik-baik shj sbb baru pertama kali! Tenang. wassalam. 

Sunday, 5 November 2017

qalisa

Qalisa memang suka makan durian. Tadi, dia baru aje makan 3 ulas durian, pastu dia tengok je beberapa ulas yang berbaki.
Atuk yang tengah makan kata kat dia: “cha makan je cha, abah nanti dia boleh beli sendiri”.
Dia senyap lagi, masih pandang durian dlm pinggan tu.
Tiba-tiba dia kata:
“atuk la beli utk abah”
Atuk pun kata, “ha ye, ye. Nanti atuk belikan. Makan, makan”.
Dan dia pun dengan gembiranya capai ulas durian yg ke empat.
………….
“cha nak lagi tak mee sup ni? cik rara nak suapkan.”
“aita boleh makan sendiri, cuba ambik”

Eee. Ayat dia >.<

Wednesday, 1 November 2017

Kaab bin Malik dan Hatib bin Abi Balta’ah

Apakah persamaan dari kisah mereka berdua?

Mereka berdua merupakan sahabat Rasulullah SAW. Persamaan mereka ialah, mereka boleh diklasifikasikan ke dalam golongan yang ‘tercicir’ pada zaman baginda.

Kaab tidak menyertai perang tabuk tanpa ada alasan yang kukuh. Beliau melewat-lewatkan persiapan sehinggalah beliau tercicir drp menyertai pasukan tentera tabuk. Antara factor luaran yg menjadikan beliau berbuat demikian ialah, jumlah kaum muslimin yg menyertai perang itu sgt ramai dan tidak ada buku khas yang mencatatkan nama-nama mereka. Kaab berpendapat ketidakhadirannya tentu tidak dirasai oleh Rasulullah serta para sahabat yg lain.

Kedua, waktu itu sedang musim panas dan kebun-kebun pula sedang dipenuhi buah-buahn yang masak ranum. Hal ini memberatkan lagi utk Kaab menyertai kaum muslimin berangkat.

Adapun hatib, beliau merupakan salah seorang sahabat yang turut serta dalam perang badar, perang pertama yg telah diangkat serta diberi kedudukan istimewa oleh Allah SWT. Namun, ketika peristawa fathu mekah, hatib telah pun mengutus surat kepada salah seorang wanita yang berada di mekah, untuk memberitahu rahsia ini kepada kaum quraisy. Hal ini kerana, Hatib ingin menyelamatkan anak dan isterinya yg masih berada di mekah. Namun, kegiatan ini telah pun terbongkar, Allah telah memberitahu baginda akan hal ini dan Ali diutuskan untuk mencari semula surat itu, surat itu telah ditemui di sanggul kepala wanita tersebut.


Kisah mereka berdua telah dirakamkan di dalam Al-quran. Kaab, dalam surah taubah: 117-119. Manakala Hatib, surah Al-Mumtahanah: 1-4. Kedua-kedua mereka telah pun diampunkan oleh Allah serta Rasulnya.

Wednesday, 11 October 2017

bersedekah

Alhamdulillah setelah sekian lama berada dlm usrah yg agak pasif, usrah kali ni sgt basah. Dan memiliki serta terpilih menjadi ahli usrah mereka adalah satu nikmat yg sgt besar bagi aku.
Ahli usrah yg terdiri drp 9 ahli, masing2 sgt byk pandgn dan berlumba2 utk sharing, semoga aku terus dipilih Allah utk berada dlm lingkungan seperti ini.

Untuk permulaan, kami telah mentadabbur surah Al-Anbiya'. Satu page shj tp cukup menyentuh.
Ayat pertama surah ini:اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ (1
terjemahannya: telah dekat hari perhitungan mereka dan mereka masih dalam keadaan lalai dan lengah.
tak cukup dgn itu disambung pula dgn ayat ke dua:
 مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ ذِكْرٍ مِنْ رَبِّهِمْ مُحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ
tidaklah dtg kepada mereka peringatan melainkan mereka mendengar dan bermain-main dgnnya.

Dalam kita khowater quraniyah, penulis mengatakan golongan ini yg paling bahaya kerana mereka diancam dgn azab. Mereka dpt peringatan dan mereka dengar tp main2 pulak.
sikap mereka apa? berlengah-lengah.

Ada cerita salah seorang para sahabat, dia berlengah-lengah utk memeluk Islam. Rasulullah telah mengajak beliau, tapi beliau tidak mahu memeluk Islam dan sengaja melengahkannya untuk melihat dahulu adakah Islam ini akan menang atau sebaliknya.
Sehinggakan pada suatu hari, tibalah hari pembukaan kota Mekah. dan di saat itu barulah beliau memeluk Islam. Namun apa kata nabi? sesungguhnya engkau telah terlambat dan melepas utk berbakti kpd Islam, tidak dpt menyertai peperangan dan sebagainya.

maka? pilihan di tangan kita.
mahu berlengah- lengah atau bagaimana.
begitu juga dlm konteks sbgai pelajar, menunda-nunda. Kita tidak tahu apa yg bakal terjadi kpd kita, sakit ke apa ke? maka kita perlu gunakan masa sebaiknya dan elakkan bertangguh tangguh.

dan kalau kita perasan, akhir2 ni kita perasan masa berlalu dgn sgt pantas. Dan bg pendapat saya, jika kita tidak melakukan apa2, masa kita tu, kita rasakan ianya lagi lebih cepat berlalu.. sbb kita tak buat apa-apa. hmm

kemudian kami bincang hadis DARI KITAB HADIS ADAB, bab 15,16,17.

bab 15 brtajuk semua perbuatan makruf ialah sedekah.
hadis pertama: كل معروف صدقة
buatlah apa shj sekalipun, asalkan baik, ianya dikira sedekah.

hadis kedua:
nabi menyuruh setiap org Islam utk bersedekah.
Lalu para sahabat bertanya jika dia tidak mampu?
hendaklah dia bekerja dgn kedua tangannya, memberi kebaikan ke atas dirinya dan bersedekah.
Para sahabt bertanya lagi: jika dia tidak berupaya?
hendaklah dia menolong orang yg terdesak, memerlukan pertolongan dan berhajat.
soalan yg sama: jika dia tidak melakukannya?
hendaklah dia menyuruh kepada kebaikan.
dan jika dia tidak melakukannya?
Hendaklah dia menghalang dirinya daripada melakukan kemungkaran,
Kerana ia adalah sedekah baginya.

hadis riwayat bukhari dan Muslim.

hadis bab ke 16: percakapan yg baik.

masa dgr pasal neraka kita masih boleh sengih2 tersenyum, sedangkan nabi dalam satu hadis  diriwayatkan drp adiy bin hatim: nabi telah menyebut pasal neraka lalu nabi segera memohon perlindungan drp Allah serta berpaling, bahkan nabi melakukan sebegitu sebanyak 3 kali.
kemudian nabi bersabda:
Lindungilah diri kamu dari neraka, sekalipun dgn (bersedekah dgn) separuh tamar. Sekiranya seorang drp kamu tidak mampu, maka lindungilah diri kamu dgn sepatah perkataan yang baik.
cthnya
لا إله إلله
الله أكبر
الحمد لله
jgn berdiam, berzikirlah.

dan teringat satu hadis
كلمتان خفيفتان غلى اللسان ثقيلتان في الميزان
سبحان الله العظيم، سبحان الله وبحمده

seterusnya hadis ke 17 bertajuk: berlemah lembut dalam setiap perkara.

hadis mengenai seorang  yahudi yg mengatakan kpd nabi, "saam alaikum" yg bermaksud, semoga kematian menimpa kamu, dlm bahasa kita harini : sila meninggal. Apa respon Aisyah sewaktu mendengarnya? beliau serta merta membalas " alaikum samm wa laknah" ( dan semoga kamu ditimpa kematian dan laknat. Tetapi yg berada di sampaing Aisyah ketika itu berkata kepadanya,
Bertenanglah Aisyah, jangan terburu-buru. Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua perkara.
Aisyah berkata, wahai rasulullah tidakkah engkau mendengar apa yg mereka ucapkan?
lalu baginda bersabda, ya aku mendengar dan aku sudah membalas " عليكم". (ke atas kamu jua)

Hadis ini mengajak kita untuk berlemah lembut dlm setiap perkara. Lihatlah bagaimana baginda memberi reaksi ketika sdg marah.
Analogi yang kami cipta sebentar tadi, bagaimana reaksi kita bila orang baling batu kat kita? reaksi baginda, baginda memulangkan batu itu semula dgn cara yg lembut.
Nabi boleh juga untuk bertindak utk memaafkan, ttp baginda memulangkan semula ucapan itu.
Kerana nabi faham yg yahudi tersebut sgj nak mengenakan nabi, dan begitulah kita, jgn terlalu menjadi lembik shgg org boleh pijak kita pulak.


Friday, 6 October 2017

Dah azan..

haritu buat kerja key-in data dgn sv, dalam sibuk2 tu, tiba-tiba dah azan asar.

Doc cakap: "ohh dh asar..hmm"

dan masa tu terus teringat yg doc ada kata nak pergi bank sebelum tu, so i tya la doc,

"doc nak pergi bank ke? xpe je saya buat kerja ni sorang"
kutla, nnt bank tutup x sempat pulak. Caring kan?

tp doc kata, xpe2 sambung sikit lagi.. dan kitorg buat sampai habis, pukul 440.

..........................

otw ke masjid, terserempak dgn kawan.

sapa2 sikit, dan dia tanya "baru lepas jumpa doc ke?"

"ha ah"

"doc ada lagi tak kat bilik?"

"em, tak pastilah, macam gaya dia ke masjid jugak"

"oh ya lah, doc kan mmg jenis solat awal waktu"

zap! macam ada petir menyambar je masa tu, dahla  hari mendung macam nak hujan. mmg kena sgt scene masa tu.

aku cuma fikir urusan duniawi je, padahal mungkin masa tu doc berkira-kira mahu menyiapkan kerja ataupun tidak.

akhir kata,
"perkemaskan solat kita, iaA hari kita menjadi semakin kemas"

Tuesday, 3 October 2017

it's all about discipline

1. buat checklist everyday yg mampu dicapai.
-nak tulis subchapter or anything

2. setiap 10 hari 1 chapter

3. letak big goal: nak siap tesis masa birthday contohnya

4. Jgn kedekut utk spend money pada proof reading and editing format

Susunan surah di dalam Alquran.

Coretan ini adalah hasil rakaman ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Shaari Abd Rahman.

Menurut ustaz, susunan surah seperti yg kita dapati pada hari ini di dalam Al-Quran adalah seperti yg telah berada di Luh Mahfuz dan kerana ia tidak turun begitu kepada Rasulullah, maka tugas para alim ulama yg terkemudian semenjak munculnya Al-Imam An Naisaburi lagi telah mencari jawapan dan hikmah kenapa surah Al-Alaq turun dahulu tetapi kenapa tidak muncul di awal Al-Quran?

Rupa-rupanya untuk manusia mendapat pedoman selepas zaman Rasulullah, ia mesti mengikut kepada sebagaimana di dalam mushaf.
Dan tahukah anda, bagaimana para sahabat membukukan surah mana yg patut disusun terlebih dahulu?
Ianya adalah berdasarkan perintah Allah sendiri, sebagai contoh, mereka mengenal pasti sewaktu nabi membaca di dalam solat terawih. Malam pertama nabi membaca Baqarah. Para sahabat tertanya-tanya, Ya Rasulullah, di mana surah Al-Alaq? kenapa kamu tidak membacanya di malam pertama Ramadhan? Bukankah ianya surah pertama yg diturunkan di Makkah? Ini dipanggil tauqifi. Tauqifi maknanya ia sudah well planned by God.

Allah taala bila nabi berdakwah selama 23 tahun, semuanya dalam pengetahuan Allah apa yg akan berlaku pd Rasulullah selama 23 tahun itu, apa akan berlaku pada manusia sehingga dtg hari kiamat, semuanya ada dalam pengetahuan Allah. Jadi, zat yang sama, yang menurunkan alQuran kepada Rasulullah, zat yg sama yg menurunkan Al-Quran kepada seluruh manusia, maka Allah menjadikan Al-Quran di Luh Mahfuz untuk seluruh manusia sampai hari kiamat, maka tugas kita adalah tidak perlu untuk membaca Al-Quran sebagaimana yg diturunkan kepada nabi, kerana nabi sendiri sudah memerintahkan para sahabat untuk mengahafaz Al-Quran sebagaimana diperintahkan Jibril kepada nabi dan Jibril perintahkan kepada nabi sebagaimana yg didengar di Luh Mahfuz dan itulah yg berlaku, bermula dr Al-Fatihah kemudian Al-Baqarah kemudian Ali Imran dan akhirnya surah Annas, diselang juga makiyah, makiyah, madaniyah, makiyah dan sebaginya.