Friday, 6 October 2017

Dah azan..

haritu buat kerja key-in data dgn sv, dalam sibuk2 tu, tiba-tiba dah azan asar.

Doc cakap: "ohh dh asar..hmm"

dan masa tu terus teringat yg doc ada kata nak pergi bank sebelum tu, so i tya la doc,

"doc nak pergi bank ke? xpe je saya buat kerja ni sorang"
kutla, nnt bank tutup x sempat pulak. Caring kan?

tp doc kata, xpe2 sambung sikit lagi.. dan kitorg buat sampai habis, pukul 440.

..........................

otw ke masjid, terserempak dgn kawan.

sapa2 sikit, dan dia tanya "baru lepas jumpa doc ke?"

"ha ah"

"doc ada lagi tak kat bilik?"

"em, tak pastilah, macam gaya dia ke masjid jugak"

"oh ya lah, doc kan mmg jenis solat awal waktu"

zap! macam ada petir menyambar je masa tu, dahla  hari mendung macam nak hujan. mmg kena sgt scene masa tu.

aku cuma fikir urusan duniawi je, padahal mungkin masa tu doc berkira-kira mahu menyiapkan kerja ataupun tidak.

akhir kata,
"perkemaskan solat kita, iaA hari kita menjadi semakin kemas"

Tuesday, 3 October 2017

it's all about discipline

1. buat checklist everyday yg mampu dicapai.
-nak tulis subchapter or anything

2. setiap 10 hari 1 chapter

3. letak big goal: nak siap tesis masa birthday contohnya

4. Jgn kedekut utk spend money pada proof reading and editing format

Susunan surah di dalam Alquran.

Coretan ini adalah hasil rakaman ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Shaari Abd Rahman.

Menurut ustaz, susunan surah seperti yg kita dapati pada hari ini di dalam Al-Quran adalah seperti yg telah berada di Luh Mahfuz dan kerana ia tidak turun begitu kepada Rasulullah, maka tugas para alim ulama yg terkemudian semenjak munculnya Al-Imam An Naisaburi lagi telah mencari jawapan dan hikmah kenapa surah Al-Alaq turun dahulu tetapi kenapa tidak muncul di awal Al-Quran?

Rupa-rupanya untuk manusia mendapat pedoman selepas zaman Rasulullah, ia mesti mengikut kepada sebagaimana di dalam mushaf.
Dan tahukah anda, bagaimana para sahabat membukukan surah mana yg patut disusun terlebih dahulu?
Ianya adalah berdasarkan perintah Allah sendiri, sebagai contoh, mereka mengenal pasti sewaktu nabi membaca di dalam solat terawih. Malam pertama nabi membaca Baqarah. Para sahabat tertanya-tanya, Ya Rasulullah, di mana surah Al-Alaq? kenapa kamu tidak membacanya di malam pertama Ramadhan? Bukankah ianya surah pertama yg diturunkan di Makkah? Ini dipanggil tauqifi. Tauqifi maknanya ia sudah well planned by God.

Allah taala bila nabi berdakwah selama 23 tahun, semuanya dalam pengetahuan Allah apa yg akan berlaku pd Rasulullah selama 23 tahun itu, apa akan berlaku pada manusia sehingga dtg hari kiamat, semuanya ada dalam pengetahuan Allah. Jadi, zat yang sama, yang menurunkan alQuran kepada Rasulullah, zat yg sama yg menurunkan Al-Quran kepada seluruh manusia, maka Allah menjadikan Al-Quran di Luh Mahfuz untuk seluruh manusia sampai hari kiamat, maka tugas kita adalah tidak perlu untuk membaca Al-Quran sebagaimana yg diturunkan kepada nabi, kerana nabi sendiri sudah memerintahkan para sahabat untuk mengahafaz Al-Quran sebagaimana diperintahkan Jibril kepada nabi dan Jibril perintahkan kepada nabi sebagaimana yg didengar di Luh Mahfuz dan itulah yg berlaku, bermula dr Al-Fatihah kemudian Al-Baqarah kemudian Ali Imran dan akhirnya surah Annas, diselang juga makiyah, makiyah, madaniyah, makiyah dan sebaginya.

Sunday, 1 October 2017

Azam tahun baru hijrah 1439H

Bertarikh harini 1 Oktober, aku berazam untuk mengahadap tesis atau belajar selama 6 jam sehari. Ya Allah permudahkanlah. Ini apa yg dititipkan oleh senior kami, Kak Masilah. InsyaAllah tulis kat sini supaya jd peringatan di masa akan dtg.

Kebetulan harini bersamaan 10 Muharram, dan hampir terlupa pula, sudah hadir tahun baru dlm kalender Islam. Kita sering buat azam yg baru setiap kali munculnya 1 januari, tahun baru, dan begitu jugalah sepatutnya kita menyambut kedatangan tahun baru Islam.

maka, inilah azam pertama saya utk tahun Islam yg baru ni yg ke 1439H, iaitu
Belajar 6 jam sehari!!!

kita lihat, berapa lamakah masa yg diambil untuk menyiapkan tesis.

dateline terdekat, 10 Okt- hantar tesis proposal.

NOTHING IS IMPOSSIBLE!

Friday, 29 September 2017

QUOTES dan juga lintasan rasa yg berbuku di hati

1. I hate myself when I found that I was doing what I hate others do before.
"saya benci bila mendapati diri saya melakukan perbuatan yg pernah saya benci sebelum ini".

2. Don't get satisfied quickly over what you have achieved. Always find a room for improvement.

3. Don't be scared to chase after your goals

4. Some people are afraid to dream their life goals,
some people got dreams but they are afraid to make it realize
some people strive their best to achieve their goals but the fates are not destined to happen like what they had imagined.
but since they know that the chances are still there, why not to give it a try?
BECAUSE,
a try for luck won't harm or "nothing is a waste of time if you use the experience wisely".

5.لا تستلم قبل يوم القيامة.
The messenger PBUH ordered us to plant a seed though we know that the day of judgement is about to happen tomorrow.
Don't ever give up before the day of judgement.

mcm mana nak bezakan ayat tu, dia seorang tukang masak atau dia sedang masak? هو طابخ

Thursday, 28 September 2017

Adobe photoshop workshop

1.   Mula-mula setting, tgk kat hujung kanan, ada “essential”, click.
2.      Ctrl+N (new) utk mulakan. letak nama projek. Doc type: international paper, size A4.
3.      Drag masuk gmbr yang nak edit, click tanda “right” when you are done.
4.      Make sure to resterize layer so tak terlink dgn other adobe software.
Symbols:
1.      Ctrl+T: utk adjust kecik atau besarkan gambar mengikut dimeansion asal dan utk pusingkan gambar, tekan shift, dia akan pusing ikut degree.
2.      Alt+scroll: zoom in zoom out
3.      Space bar: boleh gerakkan kertas
4.      Ctrl+J: copy layer
5.      W: magic wand (tongkat ahli sihir)- utk gunting gambar. Steps: click pada kertas yg nak dibuang, tukar tolerance: 100, press button “delete”.
6.      Ctrl+D: buang garis2
7.      T: text> buat box, dan type
8.      B: brush
9.      E: eraser
10.   V: move tool
11.   M: marquee (crop gambar)
12.   U: rectangle tool, utk letak new object
13.   Stroke: utk border object atau tulisan
14.   Cara save: save as PSD- masih boleh edit. Kalau dah final save as JPEG.
15.   Opacity: ketelusan
16.   Ctrl+G: group
17.   Ctrl+E: emerge

Tuesday, 28 March 2017

KEAJAIBAN SEDEKAH- KISAH BENAR


Haritu ada dgr dari radio, seorang ust suruh bersedekah, yang mana kita akan dapat balik 10 kali ganda daripada nilai yg kita sedekahkan. Ust suruh berniat dan cuba.

Satu hari, aku ternampak org bersedekah ke dlm tabung masjid, aku pun tergerak hati nak sedekah. Bukak dompet, eh takde duit singgit2. 5 ringgit pun xde. Yg ada 10, 20, 50.

Aku pun sedekahkan 10 ringgit dan teringat ceramah ust dulu. Aku hitung kalau 10 kali ganda, dapat 100. Dan aku tak yakin pun, mana akan dtg 100 ringgit pulak nnt tiba2? Takpelah, aku sedekah atas segala nikmat yang telah aku terima, kesihatan dsb lillahitaala.

Keesokan harinya, aku ada jumpa sorg student ni sbb aku ada ambil upah betulkan translation dia. Dlm kepala aku cuma expect 20-50 ringgit je. Dia hulur sampul surat, dan dia pergi sembahyang. Aku saja tak nak bukak awal2 takut nnt kecewa. Jadi aku bukak lepas kitorang dah berpisah.

To my surprised, dia bg 120! Aku rasa tu sgtlah byk dan aku cepat2 keluar dr masjid nak kejar dia, nak pulangkan 50. Tapi dia dah pun berlalu. Balik tu aku wsap dia, nak aku transfer kan sikit atau bg aku second task. Dia tak ambil kedua2nya. Dia kata itu rezeki aku.

Aku kata, isy, ni dah lebih 10 kali gnd drp apa yg aku sedekah. Dan harini aku betul2 terkesima dan malu dgn sifat pemurah tuhan.


Sampaikan dlm hati aku kata, “adakah budak ni letak amount yang less than that, tp tuhan yang tambahkan sehingga 10 kali ganda?”