Wednesday, 18 March 2020

Diy Trip to Thailand.


Semalam sampai kat border bukit kayu hitam pukul 5 ptg. Sebelum tu, beli insuran kereta dulu kt tepi2 jalan ada byk. Kitorg beli insuran kt kompleks qiyyam tepi balai bomba.

Dokumen yg diperlukan:
1. Pasport
2. Geran kereta.
Masa tu kena isi jugak arrival card. Kalau x nak isi sendiri, boleh minta org kedai tu isikan. Rm2 setiap card dia isikan. Sepatutunya kena dptkan borang passenger list. Kita isikan detail semua passenger. (nama, umur, no passport, passport isssued kt mana). Tp masa tu kitorg x dpt borang tu dan x tahu pun ada. Jadi masa kt immigration tu, ayah(driver) kena turun dari kereta dan ikut pegawai ambik borang. Passenger masa kt immigration semua kena turun dari kereta dan masuk office utk cop passport.


Pastu keluar je dr immigration tu ada byk org jual sim. Kitorg beli dulu sim utk internet. Murah je rm15 utk 40GB data internet. Pastu barulah ke hotel kitorg. Kitorg menginap di Msoho hotel. Best hotel ni. Besar dan bersih
 Harga pun murah. Tak sampai rm 90 semalam, book kat agoda.

Malam tu dlm nak dekat pukul 7 kitorg keluar utk dinner. Asalnya nak pergi bang seng daging bakar. Tapi masa sampai sana ada kedai nurlaila tomyam jugak. Sederet tu pun ada restoran kak jah. Semua halal. Yg kedai bang seng tu siap ada logo halal kt papan tanda dia. Tp kitorg makan kat Nurlaila tomyam. Rasa ok lah biasa je tp lama gila tunggu. Daging bakar dia mmg sedap.

Habis dinner kitorang jalan2, terjumpa ada park byk lampu warna warni. Cantik. Masuk free je. Kitorang ambik2 gamba kt situ. Pastu sebelum balik hotel, tgk street food apa yg ada. Malam pun masih byk lagi street food yg buka. Kebanyakannya org islam. Kalau macam pulut ayam tu ada siap tulis halal. Korang cari je org yg pakai tudung tutup aurat insyaAllah org Islam.

Dakwah nabi nuh


Nabi nuh berdakwah 950 tahun. Bukan masa yg singkat. Nabi merintih kepada Allah bahawa kaumnya tak bertambah bahkan lebih menjauhkan diri (berlari meninggalkan nabi). Buat yg x sempat lari, diorg siap ambik jari tutup telinga, ambik baju tarik ke atas tutup mata. Begitu sekali.

Dalam konteks pendidikan, kita patut bersyukur. Teruk sgt kalau kita kata, kita mengajar, mengajar, mengajar tp budak makin bodoh. Tak. Saya yakin xde sampai begitu. Budak pasti akan dpt juga walau sikit atau x dpt apa plg teruk. Takde yg jd makin bodoh.

Tp dlm dakwah nabi nuh, kaumnya tidak makin bertambah bahkan makin berkurang. Oh...pedihnya hati kalau yg byg student makin bodoh. Nauzubilllahi min zalik.

Qiamullail

Qiyamullail bukanlah semestinya solat.

Qiyamullail terdiri drp 3:
1. Solat
2. Baca quran
3. Zikir

Kalau x boleh buat semua jgb tinggal semua
Do the best you can.

أفضل الأشياء.. دائم وإن قل
إن الدين يسر
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

-Ust Dr Adam Yusof, IIUM

Berangan itu percuma

Dulu ada kawan aku pernah ckp kat aku, "siti, nanti saya nak pakai la kereta mcm ni." sambil jari menuding ke arah kereta city dan seangkatan dgnnya.

Masa tu aku angguk dan tersenyum ke arahnya. Namun di dalam hati aku tersenyum sinis sambil bermonolog, "heh, berangan apa kau dgn gaji kita seciput mcm ni nak pakai kereta macam tu".

Fast forward setahun kemudian, kawan aku dtg ziarah ke tempat kerja. Dia dah berhenti 4 bulan yang lalu kerana mendapat tawaran bekerja sebagai guru interim. Kami decide nak keluar makan. Masing2 offer nak bawa kereta masing2 termasuklah dia. Tanpa ku menduga(sambil nyanyi lagu syamil) dia tunjukkan kereta baru dia, CITY. Aku dan kawan2 yg lain semua impressed apatah lagi aku. Aku pun tanya la mcm mana boleh tukar kereta dan byran bulanan semua tu. Mmg agak mahal utk org yg baru bekerja setahun jagung. Yg penting dia mampu.

Kesimpulannya, jgnlah kita memandang rendah cita2 orang lain. Dan utk diri sendiri, jgn takut utk bercita2.

Friday, 6 March 2020

Istiazah perlu dibaca jahar (kuatkan suara) atau sir (secara perlahan)?



Bacaan istiazah ialah : أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Istiazah disunatkan membacanya secara kuat apabila memulakan bacaan.

Perlu dibaca secara perlahan apabila:

1.     Pembaca berseorangan

2.     Apabila dibaca secara beramai-ramai secara bergiliran dan pembaca bukan orang yang pertama.

Istiazah tidak perlu diulang ketika:

1.     Apabila pembaca menghentikan bacaannya kerana perkara darurat seperti batuk atau terlupa.

2.     Melakukan perkara yang mempunyai kaitan dengan bacaan seperti merujuk tafsir dan menerangkan hokum.

Istiazah perlu diulang ketika:

1.     Terhenti bacaan kerana perkara yang tiada kaitan dengan Al-quran.
2.     Menjawab salam.
3.     Berhenti terlalu lama walaupun perkara yang berkaitan dengan Al-quran.


Tokoh Bahasa Arab


Ahlu Lughah mengikut zaman:

Kurun ke-2 hijri
1.     Al-Khalil Al-Farahidi (ت 175ه)
Al-khalil merupakan guru kepada Sibawaih. Beliau merupakan pengasas ilmu arudh dan sangat arif dalam ilmu balaghah.
Al-Khalil mempunyai 3 takrif mengenai ilmu balaghah.
1.     "كل ما أدى إلى قضاء الحاجة فهو بلاغة، فإن استطعت أن يكون لفظك لمعنى طبقًا، وتلك الحال وفقا، وآخر كلامك لأوله مشابها، وموارده لمصادره موازنا، فافعل"
2.     "كلمة تكشف عن البقية"
3.     "ما قَرُبَ طَرفَاهُ وَبَعُدَ منتَهاهُ"
Untuk takrifan pertama, dikritik bahawa ianya takrifan yang longgar kerana apa yang tidak dimaksudkan dengan balaghah turut termasuk dalam takrifan itu. Ini kerana seseorang itu boleh sahaja menggunakan Bahasa isyarat untuk menyampaikan hajatnya. Bahkan, takrifan ini juga sangat ketat dari sudut lain apabila ia menuntut kesamarataan dari segi lafaz dan makna.

Untuk takrifan kedua pula bermaksud balaghah ini ialah menggunakan Bahasa dengan singkat dan seringkas mungkin, satu perkataan cukup untuk memberitahu perkara lain.

Bagi takrifan ketiga pula, balaghah ialah menggunakan lafaz yang singkat tetapi padat dengan makna.

2.     Sibawaih ( ت 180ه)

3.     Al-Farra (207ه)
Nama beliau ialah Abu Zakaria Yahya bin Ziyad bin Abdullah bin Mazur Al-Farra’ Ad-Daylami, nisbah kepada sebuah tempat Ad-Daylam di Iraq. Dia digelar Al-Farra’ kerana dikatakan dia menjahit bulu dan menjualnya ataupun kerana dia banyak memanjangkan kata-kata. Buku beliau معاني القرآن merupakan antara kitab-kitabnya yang terpenting yang membicarakan ilmu nahu dan tafsir al-quran.

Kurun ke-3 hijri

1.     Ibn Qutaibah  (213-276H)
Nama penuhnya ialah Abu Muhammad Abdullah bin Muslim bin Qutaibah ad-Dainuri. Ibnu Qutaibah merupakan seorang yang alim dalam ilmu nahu dan lughah. Dia memiliki banyak buku dalam ilmu nahu. Dari segi agama beliau merupakan salah seorang ilmuan dan imam dalam ahlis sunnah. Dikatakan bahawa keilmuannya dalam ahlis sunnah sama kedudukannya dengan Al-Jahiz dalam mazhab muktazilah.

Antara buku-buku beliau ialah:
1.   غريب القرآن الكريم
2.   غريب الحديث
3.   عيون الأخبار
4.   مشكل القرآن
5.   مشكل الحديث
6.   طبقات الشعراء
7.   الأشربة
8.   إصلاح الغلط
9.   كتاب التقفيه
10.                  كتاب الخيل
11.                  كتاب إعراب القراءات
12.                  كتاب الأنواء
13.                  كتاب المسائل والجوابات
14.                  كتاب الميسر والقداح


Beliau telah meninggal pada bulan Zulqaidah tahun 270H dan ada yang mengatakan pada tahun 271H. dan ada juga yang mengatakan pada malam awal Rejab, pertengahan bulan Rejab tahun 276H dan pendapat ini yang lebih rojih. Kematiannya adalah secara tiba-tiba.

Rujukan: 
غريب القرآن لابن قتيبة، ابن قتيبة، أبو محمد عبد الله بن مسلم، (ت: سعيد اللحام).


2.     Al-Mubarrid (210-285H)
Beliau bernama Abu Al-Abbas Muhammad bin Yazid Al-Azidi, merupakan slaah seorang ketua madrasah basrah dan imam nahu pada zamannya. Antara guru beliau ialah Al-Mazini, Al-Jahiz dan Al-Jarami. Manakala antara muridnya pula ialah Al-Akhfasy. Al-Mubarrid sangat berminat dalam ilmu nahu dan sorof sejak kecil lalu berdamping dengan Al-Jarami yang membacakannya buku Kitab oleh Sibawaih sehinggalah Al-Jarami meninggal. Kemudian, beliau mendampingi pula Al-Mazini. Al-Mazini kagum dengan beliau yang boleh menjawab soalannya dengan baik lalu menggelarkannya Al-Mubarrid (ro berbaris bawah) yang bermaksud peletak kebenaran (المثبت للحق)
Namun, ahli kufah telah menyelewengkan gelaran ini dengan niat yang buruk menjadikannya Al-Mubarrod (ro berbaris atas).  Namun, ada pendapat yang mengatakan ahli kufah menggelarkannya Al-Mubarrod sebagai sindiran setelah dia menjadi imam nahu mazhab basrah setelah kematian Al-Mazini. Pendapat lain juga ada menyebutkan bahawa beliau digelar Al-Mubarrod kerana keelokan rupa parasnya.

Antara buku karangan beliau ialah:
1.     الأعراب
2.     إعراب القرآن
3.     التصريف
4.     الرد على سبويه
5.     المدخل إلى سبويه
6.     مسائل الغلط في كتاب سبويه
7.     المدخل في النحو
8.     المذكر والمؤنث
9.     المقتضب
10.  الكامل
3.     Sa’lab (200-291H)
Beliau bernama Abu Al-Abbas Ahmad bin Yahya Sa’lab, imam mazhab kufah dalam ilmu nahu pada zamannya. Al-Mubarrid mengatakan: ‘Orang yang paling alim dalam mazhab Kufah ialah Sa’lab’.
Antara buku karangan beliau ialah:
1.     اختلاف النحويين
2.     الأوسط في النحو
3.     حد النحو
4.     إعراب القرآن
5.     ما ينصرف وما لا ينصرف
6.     المختصر في النحو
7.     التصغير
8.     الوقف والابتداء
Kurun ke-4 hijri

1.     Ar-romani
2.     Ibn Jinni
3.     Ibn Faris
Ibn as-Syajari
Ibn as-Syajari, nama penuh beliau ialah Hibatullah bin Ali bin Muhammad…bin Hassan bin Ali. Beliau memiliki jalur keturunan dari Rasulullah SAW. Umur beliau sangat panjang iaitu sekitar 90 tahun. Beliau sempat hidup dengan ramai khalifah sepanjang hidupnya di Baghdad. Beliau juga turut dikenali dengan nama أبو السعادات. Ahli sejarah berbeza pandangan mengenai nisbah "syajarah" pada beliau. Ada yang mengatakan Syajarah merupakan sebuah kampung di pinggiran bandar, dan ada juga yang mengatakan Syajarah ialah nama salah seorang datuknya.


Beliau banyak menghasilkan buku, antaranya الأمالي، الانتصار، الحماسة، شرح اللمع dan .مختارات شعر العرب Peribadi Ibn as-Syajari lebih kepada ahli lughah (bahasa) lebih daripada adab (sastera). Antara pelajar beliau yang terkenal ialah أبو البركات ابن الأنباري iaitu penulis buku الإنصاف في مسائل الخلاف بين البصريين والكوفيين. Buku ini sangat terkenal dalam kalangan ahli nuhah kerana membincangkan permasalahan-permasalahan nahu dan perbahasannya dari pandangan ahli nahu Kufah dan Basrah. 
i
I
i

Kurun ke-5 hijri

1.     Abdul qahir Al-Jurjani