Terjemahan cara ini memberikan
kelonggaran kepada penterjemah dlm menterjemah dengan cara mengaitkan nas asli
dgn saqafah dan biah nas hadaf(diterjemah). Tujuannya untuk memberikan kesan
yang sama kepada pembaca nas hadaf sepertimana pembaca nas asal rasa.
Cthnya, dlm terjemahan alquran nurul
ehsan(1930) dlm surah yusuf, penterjemah menterjemahkan zikbun(serigala) kepada
harimau. Kerana apa? Kerana dalam suasana masy melayu, kita akan tergambar yang
harimau ni haiwan buas, makan daging dan ada kejadian manusia dimakan harimau. Manakala,
jarang sekali kita mendengar tntg serigala dlm masy kita.
Dan hasilnya, kesan yang masy melayu
rasa apabila baca terjemahan ini ketika Nabi Yusuf dibaham harimau barangkali sama
dgn apa yg pembaca arab rasakan apabila mereka membaca Alquran, nabi Yusuf
dibaham serigala.
Namun, terjemahan alquran cara ini
jumhur ulama telah pun mengharamkannya kerana telah mengubahsuai kandungan asal
Alquran.
Cth lain spt ayat dlm surah albaqarah,
kisah bani Israel meminta nabi Musa mohon kepada tuhan agar mengurniakan mereka
makanan spt fuum(bwg putih), adas(kacang kuda) dll. Jika penterjemah
menterjemah scr dinamik, dia akan tukarkan makanan2 ini kepada makanan yang
lazim dalam suasana dia. Kalau penterjemah tu org melayu, mungkin dia akan
tukarkan adas tu kepada nasi ke misal kata sbb org melayu mana la makan sgt
kacang dal. Org mamak yela.
Tapi, terjemahan cara ini la yang byk digunakan
dlm terjemahan bible dan hasilnya berlakulah penyelewengan dsb.