Friday, 11 November 2016

tuhan menangis??

Berlaku perdebatan antara seorang paderi dan seorang tok guru, si paderi memulakan soalan.
Paderi: Di manakah Muhammad sekarang?
Tok guru: dia telah meninggal dan berada di sisi Tuhannya.
Paderi : jika dia berada di sisi tuhannya tentu sekali dia berada dekat dgn tuhannya bukan?
Tok guru: ya, betul.
Paderi: jika begitu, tentulah dia boleh meminta apa sahaja agar diperkenankan tuhannya, bukankah begitu?
Tok guru : Ya.
Paderi: Jadi, adakah Muhammad tidak meminta dari tuhannya supaya cucunya Hussin tidak dibunuh?
Berlaku jeda yang panjang dari tok guru, dan paderi beberapa kali mengulang soalan yang sama seakan kemenangan sudah berada di depan mata, tidak lama selepas itu tok guru menjawab:
Ada, Muhammad ada meminta dari tuhannya.
Anak-anak murid tok guru sudah merasa bingung kerana mereka tidak pernah sama sekali mendengar riwayat tentang itu. Bahkan, pendeta turut merasa terkejut. Lalu paderi menyoal,
Apa kata tuhannya?
Tok guru menajwab, tuhan lalu menangis
Seisi dewan semakin terkejut dgn jawapan dari tok guru. Si paderi teruskan lagi soalannya, mengapa tuhannya menangis?
Tok guru menjawab kerana, anak aku dulu juga mati di tiang salib dan aku tak dapat nak selamatkan
;)
Cerita dari doc sebagai selingan dlm kelas tadi, doc ckp soalan dari pendeta berbentuk main-main dan selayaknya dapat jawapan sebegitu tetapi dengan kemenangan di pihak tok guru.
Kelas translation, Prof Madya Dr Akmal Zukhairi.

11/11/16