Liqa Baru.
Bertemu ahli-ahli liqa yang baru pasti menimbulkan pelbagai perspektif. Tak kisahlah baik mahupun buruk. Huhu. Alhamdulillah Allah izinkan segala tanggapan berpihakkan hasutan syaitan bertukar 180 deg seusai habis liqa.
Ceria, padat dan sarat dan seharusnya tertusuk paling penting :)
Liqa kami dimulakan dgn sedikit taaruf. Disebabkan kami telah mengenali antara satu sama lain, kami bertaaruf dgn cara si A perkenalkan si B. Di situ kita dpt lihat sejauh mana kita mengenali kawan kita dan sejauh mana pula kita mengenali kawan kita. (?)
Next, kakak murobi kasi kitorg stp sorg satu kertas, dilipat empat. di kotak pertama, semua org kena lukis apa yg dia gambarkan tentang tarbiah. Second kotak, tentang ukhuwah dan third pasal usrah. Kotak keempat, tulis nama masing2.
Macam biasa, letak tgh dan sorg ambil satu randomly.
So masing2 terangkan apa yang dia rasa dari lukisan kawannya. Mengenai usrah, ada yang lukis air kotak, bulatan, smiley, quran, buku ect. Tak disangka tafsiran yang dapat dr air kotak ialah straw dianggap wasilah kepada penyampaian tazkirah dsb. Rupanya2 apa yang sebenarnya yang tergambar oleh pelukis ialah dia terbayang makanan stp kali liqa, comel kan?
Tapi, utk kotak keempat, masing2 perlu melukiskan satu gambar yang menggambarkan si pemilik kertas.
HASIL:
1. pokok berbuah- sentiasa memberi kebaikan
2. rama2 - lemah lembut
3. kereta - seorang yang merancang hidupnya spt mana kereta yang perlu dirancang perjalanan terlebih dahulu. *kritis ngat*
4. awan - tenang
5. cermin mata - intelektual
6. 90 percent to 100 - scorer
7. cheesetart.
cheesetart paling sweet. si A kata dia suka makan cheesetart jadi macam tu juga di sukakan si B. *nangis sebaldi*
Dalam usrah, hadaf yang perlu dicapai ada dua iaitu ukhuwah dan mutabaah amal. Jika kedua2 ni tiada peningkatan, maka ada la something wrong somewhere berlaku dalam usrah.
Terlalu meriah liqa kami, bergelak sakan dan tiba2 akak murabi kata, "murabi2 ana sebelum ni semua tegas2, garang2 *sambil berdehem dalam cubaan menukar intonasi suara kepada lebih serius*
Cerita diteruskan, "pernah kitorg terlambat beberapa minit, kakak murobbi tercegat kat depan pintu dan ckp, "ha.. awak lambat dua minit", orang seterusnya dtg, "awak lambat 3 minit". Kakak tersebut bertanya, "kisah apa di dalam quran yang menceritakan (mafhumnya) "siapa yang dtg lewat akan kupenggal lehernya" semua tersenyap.
Jawapannya ada dlm surah Annamlu ayat ke 21. Nabi Sulaiman berkata bhw baginda akan sembelih leher burung tersebut melainkan ia dtg dgn alasan yg jelas, dan hadirlah tidak lama selepas itu burung Hud2.
Kemudian kami teruskan liqa dgn sesi T&T. Surah Al-Anfal ayat 62-75. Ada 2 cerita besar dlm ayat ni.
1. bagaimana Allah lah yang menyatukan hati2 walau sebanyak mana pun harta telah diinfakkan. Bersabda Rasulullah SAW mafhumnya, terdapat satu golongan di mana mereka bukanlah nabi dan para syuhada namun amat dicemburui oleh para sahabat dan syuhada. Mereka ialah orang yang mencintai kerana rahmat Allah, bukan kerana harta benda dan sebagainya. mereka di akhirat kelak berada di atas cahaya dan tidak pula berduka cita.
2. Allah mengangkat kemuliaan kaum muhajirin dan ansar sehingga Allah menyebutkannya di dalam AQ. ini disebutkan dalam ayat ke 72 hingga 75.
Muhajirin makruf dgn kesanggupan mereka menginggalkan keselesaan kediaman mereka lalu berhijrah demi menyelamatkan iman dan Islam. Manakala kaum Ansar, pengorbanan mereka yang sgt besar memberikan bantuan semampu boleh kepada kaum muhajirin.
liqa kami diakhiri dgn kata2, "setiap orang mendapat bahan yang sama namun apa yang membezakan ialah sebanyak mana yang dikutip olehnya".
نكتفي بهذا القدر وأستغفر الله لي ولكم